TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ibu maut, anak 2 tahun cedera dirempuh SUV ketika melintas jalan di Sungai Dua

By
|
Kongsi
image

 

GEORGE TOWN 29 Okt - Seorang wanita warga asing maut manakala anak perempuannya cedera parah selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika melintas jalan di Jalan Sultan Azlan Shah berhampiran sebuah pusat mencuci kereta di Sungai Dua, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.40 malam ketika pemandu SUV berusia 57 tahun sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Dua menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu terbabit dikatakan gagal mengelak dua beranak berkenaan sebelum melanggar mereka yang sedang melintas jalan.

“Akibat pelanggaran itu, wanita berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak perempuannya berusia dua tahun mengalami kecederaan parah dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemandu SUV terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

+ - reset