Berita Berita
Lelaki bawah pengaruh dadah bakar rumah keluarga, ibu cedera melecur
PENGKALAN HULU 29 Okt – Seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ditahan selepas membakar rumah keluarganya di Kampung Seberang Kuak Hulu, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Superintendan Zulkepli Ibrahim berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan pada pukul 3.25 pagi, dan hasil ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.
“Pada pukul 1.08 pagi tadi, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu menerima maklumat mengenai kejadian kebakaran rumah di Kampung Seberang Kuak Hulu.
“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Hulu dengan bantuan BBP Baling, Kedah bergegas ke lokasi dan api berjaya dipadam pada pukul 2.30 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, seorang wanita berusia 66 tahun, yang juga ibu kepada suspek, mengalami lecur teruk dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk pembedahan segera.
Menurut Zulkepli, siasatan awal mendapati punca kebakaran dipercayai akibat perbuatan khianat suspek yang berada di bawah pengaruh dadah.
Katanya, lelaki itu kini direman empat hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.
Berita berkaitan
October 30, 2025, 8:54 pm
Gadis dilaporkan hilang ditemui maut dalam kereta di parkir pusat beli-belah
October 30, 2025, 8:43 pm
Proton lancar e.MAS 5, EV mampu milik pertama Malaysia bermula RM59,800
October 30, 2025, 4:21 pm
KPDN Pulau Pinang terima sembilan aduan berkaitan BUDI95 sejak dilancar
October 30, 2025, 2:17 pm
Trump terus puji Malaysia ketika lawatan di Jepun, sebut peranan negara bantu rundingan keamanan
October 30, 2025, 12:38 pm
'MOT hanya pemantau' - Anthony Loke jelaskan Aerotrain KLIA milik sepenuhnya MAHB
October 30, 2025, 12:17 pm
Anwar tegur pembangkang jangan jadi 'lebih Hamas dari Hamas’, ‘lebih China dari China’
October 30, 2025, 10:22 am
Kadar kemiskinan tegar turun kepada 0.09 peratus tahun lalu
October 30, 2025, 10:14 am
Budak 11 tahun cedera leher terkena tali di kawasan padang ubah suai di Klang
October 30, 2025, 10:12 am
PGA gagalkan cubaan seludup 325 liter petrol ke Thailand
October 30, 2025, 10:09 am
