Berita Berita
Lelaki maut, seorang cedera dalam kemalangan kereta dan lori di Iskandar Puteri
ISKANDAR PUTERI 29 Okt. – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lori di Persiaran Medini, di sini semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II Nurmala Sideli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.26 petang.
Katanya, enam anggota bomba bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta BMW dinaiki empat orang dengan sebuah lori.
“Pemandu kereta, seorang lelaki dewasa, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang penumpang lelaki cedera.
“Dua lagi penumpang, masing-masing seorang lelaki dan wanita dewasa serta pemandu lori, dilaporkan selamat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa, sementara penumpang yang cedera diberikan rawatan awal di lokasi.
“Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Tambah beliau, operasi tamat pada pukul 6.54 petang.
Berita berkaitan
October 30, 2025, 8:54 pm
Gadis dilaporkan hilang ditemui maut dalam kereta di parkir pusat beli-belah
October 30, 2025, 8:43 pm
Proton lancar e.MAS 5, EV mampu milik pertama Malaysia bermula RM59,800
October 30, 2025, 4:21 pm
KPDN Pulau Pinang terima sembilan aduan berkaitan BUDI95 sejak dilancar
October 30, 2025, 2:17 pm
Trump terus puji Malaysia ketika lawatan di Jepun, sebut peranan negara bantu rundingan keamanan
October 30, 2025, 12:38 pm
'MOT hanya pemantau' - Anthony Loke jelaskan Aerotrain KLIA milik sepenuhnya MAHB
October 30, 2025, 12:17 pm
Anwar tegur pembangkang jangan jadi 'lebih Hamas dari Hamas’, ‘lebih China dari China’
October 30, 2025, 10:22 am
Kadar kemiskinan tegar turun kepada 0.09 peratus tahun lalu
October 30, 2025, 10:14 am
Budak 11 tahun cedera leher terkena tali di kawasan padang ubah suai di Klang
October 30, 2025, 10:12 am
PGA gagalkan cubaan seludup 325 liter petrol ke Thailand
October 30, 2025, 10:09 am
