Berita Berita
PNB, KWSP nafi jual pegangan dalam Projek Battersea
KUALA LUMPUR 29 Okt – Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan bahawa mereka tidak merancang untuk menjual pegangan dalam Projek Battersea di London.
Sebaliknya, kedua-dua institusi pelaburan utama negara itu berkata, mereka kekal komited untuk merealisasikan potensi pelaburan secara menyeluruh serta yakin dengan prospek dan potensi peningkatan nilai projek berkenaan.
Dalam kenyataan bersama, PNB dan KWSP menjelaskan bahawa Projek Battersea yang dimiliki oleh konsortium diketuai Sime Darby Property Bhd dan S P Setia Bhd kekal sebagai pelaburan strategik bagi semua pemegang sahamnya.
“Oleh itu, tiada rancangan segera untuk keluar daripada pelaburan tersebut,” menurut kenyataan itu.
Kedua-duanya turut mengakui menerima cadangan daripada pihak berminat untuk melabur dalam projek berkenaan dari semasa ke semasa, memandangkan Battersea Power Station merupakan aset hartanah ikonik dunia.
“Sebagai pelabur, kami akan menilai setiap cadangan dengan teliti berdasarkan kriteria dan pertimbangan pelaburan yang berpaksikan penciptaan nilai untuk manfaat pemegang unit PNB dan ahli KWSP,” katanya.
Tambah kenyataan itu, apabila pelaburan mencapai tahap kematangan dan pulangan disasarkan, PNB dan KWSP akan mempertimbangkan peluang pengewangan atau kemasukan rakan strategik bagi menyokong keperluan modal serta pertumbuhan masa depan.
Baru-baru ini, firma analisis Green Street melaporkan bahawa bangunan utama Battersea Power Station, yang menempatkan ibu pejabat Apple Inc di United Kingdom (UK) serta pusat beli-belah besar, telah dimasukkan ke dalam senarai untuk dijual.
Bagaimanapun, penjualan itu tidak melibatkan apartmen dalam bangunan stesen janakuasa atau pembangunan berasingan lain di sekitar tapak yang masih dimiliki konsortium asal.
Untuk rekod, stesen janakuasa dan kawasan sekitarnya dibeli oleh konsortium yang terdiri daripada KWSP, S P Setia Bhd dan Sime Darby Bhd dengan harga kira-kira £400 juta (RM2.25 bilion) pada tahun 2012.
Kemudian pada 2019, PNB dan KWSP membeli elemen komersial projek itu, termasuk pejabat dan kedai-kedai dalam bangunan utama Battersea Power Station daripada konsortium asal tersebut.
Berita berkaitan
October 30, 2025, 8:54 pm
Gadis dilaporkan hilang ditemui maut dalam kereta di parkir pusat beli-belah
October 30, 2025, 8:43 pm
Proton lancar e.MAS 5, EV mampu milik pertama Malaysia bermula RM59,800
October 30, 2025, 4:21 pm
KPDN Pulau Pinang terima sembilan aduan berkaitan BUDI95 sejak dilancar
October 30, 2025, 2:17 pm
Trump terus puji Malaysia ketika lawatan di Jepun, sebut peranan negara bantu rundingan keamanan
October 30, 2025, 12:38 pm
'MOT hanya pemantau' - Anthony Loke jelaskan Aerotrain KLIA milik sepenuhnya MAHB
October 30, 2025, 12:17 pm
Anwar tegur pembangkang jangan jadi 'lebih Hamas dari Hamas’, ‘lebih China dari China’
October 30, 2025, 10:22 am
Kadar kemiskinan tegar turun kepada 0.09 peratus tahun lalu
October 30, 2025, 10:14 am
Budak 11 tahun cedera leher terkena tali di kawasan padang ubah suai di Klang
October 30, 2025, 10:12 am
PGA gagalkan cubaan seludup 325 liter petrol ke Thailand
October 30, 2025, 10:09 am
