Berita Berita
AKPS gagalkan cubaan warga China seludup ketamin RM420,000 di KLIA2
PUTRAJAYA 29 Okt.– Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berjaya mematahkan cubaan seorang warga China menyeludup dadah jenis ketamin bernilai lebih RM420,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, semalam.
Menurut AKPS, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan pada pukul 3.25 petang selepas imej mencurigakan dikesan di dalam dua bagasi miliknya ketika tiba dari Sihanoukville, Kemboja.
“Pegawai AKPS kemudiannya menahan penumpang berkenaan untuk pemeriksaan lanjut sebelum kes dirujuk kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi pengesahan imej pengimbas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hasil pemeriksaan lanjut oleh Pasukan Narkotik JKDM menemukan lebih 900 bungkusan kecil disyaki mengandungi ketamin seberat enam hingga tujuh kilogram yang disembunyikan di lapisan dalam bagasi suspek.
Nilai pasaran keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan antara RM420,000 hingga RM500,000.
Kes berkenaan kini disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Berita berkaitan
October 30, 2025, 8:54 pm
Gadis dilaporkan hilang ditemui maut dalam kereta di parkir pusat beli-belah
October 30, 2025, 8:43 pm
Proton lancar e.MAS 5, EV mampu milik pertama Malaysia bermula RM59,800
October 30, 2025, 4:21 pm
KPDN Pulau Pinang terima sembilan aduan berkaitan BUDI95 sejak dilancar
October 30, 2025, 2:17 pm
Trump terus puji Malaysia ketika lawatan di Jepun, sebut peranan negara bantu rundingan keamanan
October 30, 2025, 12:38 pm
'MOT hanya pemantau' - Anthony Loke jelaskan Aerotrain KLIA milik sepenuhnya MAHB
October 30, 2025, 12:17 pm
Anwar tegur pembangkang jangan jadi 'lebih Hamas dari Hamas’, ‘lebih China dari China’
October 30, 2025, 10:22 am
Kadar kemiskinan tegar turun kepada 0.09 peratus tahun lalu
October 30, 2025, 10:14 am
Budak 11 tahun cedera leher terkena tali di kawasan padang ubah suai di Klang
October 30, 2025, 10:12 am
PGA gagalkan cubaan seludup 325 liter petrol ke Thailand
October 30, 2025, 10:09 am
