Berita Berita
Kereta dipandu bapa hilang kawalan, bayi 9 bulan maut dalam nahas empat kenderaan di Setiu
SETIU 30 Okt - Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 79 Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu, berhampiran Kampung Bukit Grebar, pagi Rabu.
Mangsa, Nur Athiya Inara Isnorizal, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu akibat kecederaan parah di kepala, selepas dirujuk dari Hospital Setiu.
Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd Zain Mat Dris, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 10.27 pagi apabila kereta Perodua Axia yang dipandu bapa mangsa, Isnorizal Ismail, 25, hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah Perodua Axia lain yang berhenti untuk membelok ke kanan.
“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua kenderaan berpusing dan dilanggar pula oleh sebuah Honda Accord dari arah bertentangan. Kenderaan itu kemudian terbabas ke kiri jalan dan melanggar sebuah lagi Honda Accord yang diletakkan di bahu jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, mangsa bersama bapanya dan ibunya, Nur Azzahra Manaf, 25, yang cedera ringan, dikejarkan ke Hospital Setiu sebelum bayi berkenaan dipindahkan ke HSNZ untuk rawatan lanjut.
“Bagaimanapun, bayi tersebut disahkan meninggal dunia pada jam 8.09 malam ketika dirawat di zon kecemasan HSNZ,” katanya.
Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan otak teruk (Severe Traumatic Brain Injury with Hypoxic Ischaemic Encephalopathy).
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berita berkaitan
November 1, 2025, 1:15 pm
Lelaki maut tergelincir di Air Terjun Lata Kinjang
November 1, 2025, 1:01 pm
Suspek tetak abang ipar hingga putus kepala negatif dadah, direman enam hari
November 1, 2025, 11:10 am
Kebakaran hutan belukar di Salak Tinggi berjaya dipadam selepas 13 jam
November 1, 2025, 10:35 am
Restoran di tingkat atas Menara 3 Petronas terbakar
October 31, 2025, 8:50 pm
Pelajar Tingkatan Satu di Shah Alam cedera jatuh dari tingkat satu akibat putus cinta
October 31, 2025, 8:35 pm
'Interaksi media perlu dua hala dan adil' - Kor Ming pertahan tegur wartawan
October 31, 2025, 6:50 pm
GPMS cadang ‘hukuman rotan’ simbolik terhadap Nga Kor Ming
October 31, 2025, 6:44 pm
Kerajaan minta OMi jelaskan mekanisme verifikasi umur – Fahmi
October 31, 2025, 6:39 pm
