Berita Berita
Kemasukan Timor-Leste ke ASEAN capai detik bersejarah, buka peluang baharu ekonomi serantau
KUALA LUMPUR 31 Okt - Kemasukan rasmi Timor-Leste sebagai negara anggota ke-11 ASEAN menandakan satu detik bersejarah dalam perkembangan blok serantau itu, sekali gus melengkapkan keluarga Asia Tenggara selepas lebih dua dekad tidak menerima ahli baharu.
Upacara menandatangani Deklarasi Kemasukan Republik Demokratik Timor-Leste ke dalam ASEAN berlangsung pada 26 Oktober 2025 sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur, Malaysia.
Langkah ini merupakan pengembangan pertama ASEAN dalam tempoh 26 tahun, selepas kemasukan Kemboja pada tahun 1999, dan dilihat sebagai pencapaian besar ke arah merealisasikan visi ASEAN sebagai satu keluarga serantau yang benar-benar bersatu.
Kemasukan itu juga dijangka membuka akses penting kepada Timor-Leste terhadap perjanjian perdagangan bebas, peluang pelaburan, serta platform serantau lebih luas bagi menyokong pembangunan ekonomi dan sosial negara berkenaan.
Bukan itu sahaja, syarikat My Events International turut menzahirkan rasa bangga menjadi sebahagian daripada peristiwa bersejarah ini, dengan memainkan peranan aktif dalam memperkukuh jalinan antara negara anggota ASEAN dan Timor-Leste.
Antara inisiatif penting yang dikendalikan ialah penganjuran MyExpo Dili pada Mei 2025, yang menjadi platform perniagaan utama mempertemukan 27 syarikat Malaysia dengan rakan industri di Timor-Leste.
Pameran itu berjaya menggalakkan jaringan perniagaan terus dan membuka peluang kepada usahasama strategikdalam pelbagai sektor termasuk kesihatan, pembinaan, pembuatan dan pelancongan.
Melangkah ke hadapan, My Events International komited untuk menganjur dan bekerjasama dalam lebih banyak program di Dili, bagi menyokong usaha Timor-Leste menyertai sepenuhnya ekosistem ekonomi serantau ASEAN.
“Usaha berterusan ini akan memperkukuh hubungan perdagangan dan diplomatik serta memastikan manfaat keanggotaan ASEAN dapat dirasai secara menyeluruh di peringkat akar umbi,” kata kenyataan syarikat itu.
Kemasukan Timor-Leste ke ASEAN bukan sahaja memperkukuh perpaduan serantau, tetapi turut menandakan komitmen bersama negara anggota dalam mempromosikan kestabilan, kemakmuran dan kemajuan ekonomi Asia Tenggara. - Media Telus
Berita berkaitan
November 1, 2025, 1:15 pm
Lelaki maut tergelincir di Air Terjun Lata Kinjang
November 1, 2025, 1:01 pm
Suspek tetak abang ipar hingga putus kepala negatif dadah, direman enam hari
November 1, 2025, 11:10 am
Kebakaran hutan belukar di Salak Tinggi berjaya dipadam selepas 13 jam
November 1, 2025, 10:35 am
Restoran di tingkat atas Menara 3 Petronas terbakar
October 31, 2025, 8:50 pm
Pelajar Tingkatan Satu di Shah Alam cedera jatuh dari tingkat satu akibat putus cinta
October 31, 2025, 8:35 pm
'Interaksi media perlu dua hala dan adil' - Kor Ming pertahan tegur wartawan
October 31, 2025, 6:50 pm
GPMS cadang ‘hukuman rotan’ simbolik terhadap Nga Kor Ming
October 31, 2025, 6:44 pm
Kerajaan minta OMi jelaskan mekanisme verifikasi umur – Fahmi
October 31, 2025, 6:39 pm
