TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

KDN jumpa petunjuk baharu keberadaan menantu Muhyiddin – Saifuddin

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 31 Okt – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menemui beberapa petunjuk baharu berhubung keberadaan ahli perniagaan yang dikehendaki, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata perkembangan terbaharu itu diperoleh hasil kerjasama rapat antara pihak berkuasa Malaysia dengan Polis Antarabangsa (Interpol).

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai maklumat tersebut kerana ia dikhuatiri boleh mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.

“Isu sekarang ialah keberadaannya. Saya boleh sebut bahawa kerjasama antara kita dengan polis antarabangsa sedang berjalan dan sememangnya kita menemui beberapa petunjuk baharu.

“Saya tak mahu berbincang dengan lebih lanjut sebab itu boleh mengganggu siasatan kita,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan RSN Rayer (PH–Jelutong) mengenai sama ada kerajaan boleh meminta Muhyiddin memberi maklumat mengenai lokasi menantunya itu.

Muhammad Adlan sebelum ini dilaporkan meninggalkan negara pada Mei 2023 dan masih diburu oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan kes pecah amanah serta penyelewengan projek sistem biometrik bernilai ratusan juta ringgit. 

+ - reset