Berita Berita
Ismanira didapati bersalah abai Zayn Rayyan
PETALING JAYA 31 Okt – Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendapati Ismanira Abdul Manaf, 30, bersalah atas pertuduhan mengabaikan anak lelakinya, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang merupakan kanak-kanak autisme, dua tahun lalu.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Dr Syahliza Warnoh selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
Mengikut pertuduhan, Ismanira bersama suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, didakwa mengabaikan Zayn dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai hingga ke kawasan sungai berhampiran antara 12 tengah hari, 5 Disember dan 9.55 malam, 6 Disember 2023.
Kesalahan berkenaan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda hingga RM50,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 21 Julai lalu, mahkamah memerintahkan Ismanira membela diri, manakala suaminya dilepas dan dibebaskandaripada pertuduhan itu selepas pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Ismanira kemudiannya memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.
Pasangan suami isteri itu diwakili oleh peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh, manakala Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairimengetuai pihak pendakwaan.
Mahkamah menetapkan tarikh hukuman akan dijatuhkan kemudian.
Berita berkaitan
November 1, 2025, 1:15 pm
Lelaki maut tergelincir di Air Terjun Lata Kinjang
November 1, 2025, 1:01 pm
Suspek tetak abang ipar hingga putus kepala negatif dadah, direman enam hari
November 1, 2025, 11:10 am
Kebakaran hutan belukar di Salak Tinggi berjaya dipadam selepas 13 jam
November 1, 2025, 10:35 am
Restoran di tingkat atas Menara 3 Petronas terbakar
October 31, 2025, 8:50 pm
Pelajar Tingkatan Satu di Shah Alam cedera jatuh dari tingkat satu akibat putus cinta
October 31, 2025, 8:35 pm
'Interaksi media perlu dua hala dan adil' - Kor Ming pertahan tegur wartawan
October 31, 2025, 6:50 pm
GPMS cadang ‘hukuman rotan’ simbolik terhadap Nga Kor Ming
October 31, 2025, 6:44 pm
Kerajaan minta OMi jelaskan mekanisme verifikasi umur – Fahmi
October 31, 2025, 6:39 pm
