Berita Berita
RHB siasat kakitangan muat naik hantaran hina Perdana Menteri
PETALING JAYA 31 Okt. – RHB Banking Group (RHB) menegaskan bahawa kenyataan tular di media sosial yang didakwa dibuat oleh seorang kakitangannya merupakan pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian rasmi bank tersebut.
Dalam satu kenyataan hari ini, RHB berkata pihaknya sentiasa mengekalkan standard tertinggi profesionalisme, integriti dan sikap saling menghormati dalam semua interaksi, sama ada di dalam atau di luar tempat kerja.
“RHB memandang serius perkara ini dan siasatan secara menyeluruh sedang dijalankan,” katanya.
RHB turut menegaskan bahawa tindakan disiplin sewajarnya akan diambil sekiranya siasatan mendapati berlaku sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan Tatakelakuan Kumpulan.
Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang wanita yang didakwa kakitangan RHB cawangan Kulim, Kedah, berkongsi gambar berunsur menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hingga mengundang kecaman orang ramai yang menyifatkan tindakan itu keterlaluan dan tidak wajar.
Sementara itu, wanita berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi hantaran di Facebook, menjelaskan beliau tidak berniat untuk memalukan atau menyinggung mana-mana pihak, khususnya Perdana Menteri.
“Saya mengakui tindakan tersebut telah menimbulkan salah faham, dan saya amat kesali atas perkara itu,” katanya sambil menambah bahawa hantaran berkenaan telah dipadam dan beliau berjanji akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Menurutnya, semua pandangan dan hantaran yang dibuat adalah daripada akaun peribadinya sendiri serta tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pihak majikan.
Berita berkaitan
November 1, 2025, 1:15 pm
Lelaki maut tergelincir di Air Terjun Lata Kinjang
November 1, 2025, 1:01 pm
Suspek tetak abang ipar hingga putus kepala negatif dadah, direman enam hari
November 1, 2025, 11:10 am
Kebakaran hutan belukar di Salak Tinggi berjaya dipadam selepas 13 jam
November 1, 2025, 10:35 am
Restoran di tingkat atas Menara 3 Petronas terbakar
October 31, 2025, 8:50 pm
Pelajar Tingkatan Satu di Shah Alam cedera jatuh dari tingkat satu akibat putus cinta
October 31, 2025, 8:35 pm
'Interaksi media perlu dua hala dan adil' - Kor Ming pertahan tegur wartawan
October 31, 2025, 6:50 pm
GPMS cadang ‘hukuman rotan’ simbolik terhadap Nga Kor Ming
October 31, 2025, 6:44 pm
Kerajaan minta OMi jelaskan mekanisme verifikasi umur – Fahmi
October 31, 2025, 6:39 pm
