Berita Berita
Amanah Johor gesa kerajaan haramkan Roblox, dakwa ancam akhlak dan keselamatan kanak-kanak
JOHOR BAHRU 31 Okt. – Kerajaan digesa mengambil langkah tegas termasuk mengharamkan permainan dalam talian Roblox susulan dakwaan bahawa platform itu memberi pengaruh negatif dan berbahaya kepada kanak-kanak.
Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Mohd Idris Mohd Jiat, berkata kebimbangan masyarakat semakin meningkat berikutan kandungan dan interaksi dalam permainan tersebut yang didakwa tidak terkawal serta mampu mempengaruhi akhlak dan perkembangan sosial kanak-kanak.
“Amanah Johor berpandangan Kerajaan Madani perlu bertindak tegas dan berani dalam menangani sebarang bentuk hiburan digital atau permainan dalam talian yang mempunyai unsur negatif seperti keganasan, penyamaran identiti, kandungan lucah atau eksploitasi kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menegaskan kerajaan perlu memastikan dasar perlindungan digital terhadap kanak-kanak dilaksanakan dengan serius, termasuk garis panduan dan sekatan umur yang jelas bagi akses kepada platform interaktif terbuka.
Amanah Johor turut menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempertingkatkan pemantauan terhadap jenayah siber membabitkan kanak-kanak, merangkumi kes eksploitasi, buli siber serta pendedahan kepada kandungan tidak bermoral.
“Kanak-kanak adalah aset masa depan negara. Setiap bentuk hiburan atau platform digital yang boleh menggugat akhlak, keselamatan dan perkembangan mental mereka perlu disemak serta dikawal dengan tegas.
“Tanggungjawab membentuk generasi berakhlak bukan hanya terletak pada ibu bapa, tetapi juga kerajaan, agensi penguat kuasa dan penyedia platform digital,” tegasnya.
Gesaan itu dibuat susulan dua kejadian membabitkan kanak-kanak dan remaja yang dikaitkan dengan pengaruh permainan video dalam talian, termasuk kes seorang kanak-kanak enam tahun dikelar di Batu Pahat, dipercayai dilakukan abang mangsa berusia sembilan tahun yang dikatakan terpengaruh dengan Roblox.
Sebelum itu, seorang remaja perempuan maut dibunuh pelajar lelaki di sebuah sekolah di Petaling Jaya, yang turut dikaitkan dengan pengaruh permainan video.
Berita berkaitan
November 1, 2025, 1:15 pm
Lelaki maut tergelincir di Air Terjun Lata Kinjang
November 1, 2025, 1:01 pm
Suspek tetak abang ipar hingga putus kepala negatif dadah, direman enam hari
November 1, 2025, 11:10 am
Kebakaran hutan belukar di Salak Tinggi berjaya dipadam selepas 13 jam
November 1, 2025, 10:35 am
Restoran di tingkat atas Menara 3 Petronas terbakar
October 31, 2025, 8:50 pm
Pelajar Tingkatan Satu di Shah Alam cedera jatuh dari tingkat satu akibat putus cinta
October 31, 2025, 8:35 pm
'Interaksi media perlu dua hala dan adil' - Kor Ming pertahan tegur wartawan
October 31, 2025, 6:50 pm
GPMS cadang ‘hukuman rotan’ simbolik terhadap Nga Kor Ming
October 31, 2025, 6:44 pm
Kerajaan minta OMi jelaskan mekanisme verifikasi umur – Fahmi
October 31, 2025, 6:39 pm
