Berita Berita
Diskaun saman trafik 70 peratus tidak terpakai bagi kesalahan tidak boleh dikompaun
KUALA LUMPUR 31 Okt – Tawaran diskaun saman trafik sebanyak 70 peratus yang akan dilaksanakan bermula 1 November hingga 30 Disember ini tidak melibatkan kategori kesalahan tidak boleh dikompaun (NC).
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pengurangan itu tertakluk kepada nilai kompaun semasa, dengan kadar minimum sebanyak RM30.
Beliau turut menggalakkan orang ramai menyelesaikan saman tertunggak sebelum 30 Disember bagi menyokong usaha kerajaan membentuk budaya pemanduan berdisiplin dan bertanggungjawab.
“JSPT akan melaksanakan kempen pengurangan bayaran saman trafik sebanyak 70 peratus bermula 1 November hingga 30 Disember 2025.
“Urusan penyelesaian boleh dilakukan melalui platform MyBayar PDRM bagi pengguna berdaftar dengan MyDigital ID, selain di semua kaunter trafik daerah dan pejabat Pos Malaysia di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Mohd Yusri, kempen itu selaras dengan keputusan kerajaan menyelaras semula kadar serta kaedah kompaun saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026, berasaskan prinsip “The Less You Delay, The Less You Pay.”
“Orang ramai boleh menikmati kadar kompaun yang lebih rendah sekiranya bayaran dibuat lebih awal,” katanya.
Berita berkaitan
November 1, 2025, 1:15 pm
Lelaki maut tergelincir di Air Terjun Lata Kinjang
November 1, 2025, 1:01 pm
Suspek tetak abang ipar hingga putus kepala negatif dadah, direman enam hari
November 1, 2025, 11:10 am
Kebakaran hutan belukar di Salak Tinggi berjaya dipadam selepas 13 jam
November 1, 2025, 10:35 am
Restoran di tingkat atas Menara 3 Petronas terbakar
October 31, 2025, 8:50 pm
Pelajar Tingkatan Satu di Shah Alam cedera jatuh dari tingkat satu akibat putus cinta
October 31, 2025, 8:35 pm
'Interaksi media perlu dua hala dan adil' - Kor Ming pertahan tegur wartawan
October 31, 2025, 6:50 pm
GPMS cadang ‘hukuman rotan’ simbolik terhadap Nga Kor Ming
October 31, 2025, 6:44 pm
Kerajaan minta OMi jelaskan mekanisme verifikasi umur – Fahmi
October 31, 2025, 6:39 pm
