Berita Berita
Suami isteri maut, bayi 6 bulan cedera dalam nahas tiga kenderaan di Kota Tinggi
KOTA TINGGI 16 Nov – Tragedi di Jalan Sungai Rengit–Kota Tinggi meragut nyawa sepasang suami isteri apabila kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari di kilometer 54.5 jalan berkenaan, mangsa, Muhamad Lokmanorhakim Mokhtar, 24, dan isterinya, Nur Fatihah Othman, 28, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.
Anak mereka berusia enam bulan, Nur Laylaa Batrysha, pula mengalami kecederaan di kepala dan sedang dirawat di Hospital Kota Tinggi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah Perodua Myvi, Toyota Vios dan lori.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Perodua Myvi hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan lalu berlanggar dengan lori sawit tanpa muatan.
“Serpihan kemalangan turut terkena sebuah Toyota Vios yang melalui kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Yusof, pemandu lori berusia 47 tahun hanya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu Toyota Vios berusia 46 tahun tidak cedera.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berita berkaitan
December 8, 2025, 11:50 am
KKR nafi JKR alih penghadang keselamatan di lokasi SUV terjunam gaung
December 8, 2025, 11:45 am
52,948 guru baharu dilantik sejak 2023, pengisian sekolah capai 98 peratus
December 8, 2025, 11:39 am
Ahli Parlimen Padang Serai didakwa bersubahat terima rasuah RM400,000
December 8, 2025, 11:24 am
'Saya sebagai manusia, saya juga faham orang marah' - Anwar tak salahkan rakyat Sabah
December 8, 2025, 11:10 am
Pelajar Tingkatan 2 maut ditembak ketika main sembunyi-sembunyi di Keningau
December 8, 2025, 9:15 am
Imigresen gempur 13 rumah pelacuran di Kuala Lumpur, 139 PATI dari enam negara ditahan
December 7, 2025, 8:35 pm
Beyond Education Malaysia raih Anugerah Sumbangan Cemerlang Pendidikan Kesihatan Asia
December 7, 2025, 6:34 pm
