Berita Berita
Lelaki maut akibat renjatan elektrik ketika baiki siling rumah
MELAKA 17 Nov – Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja di bahagian siling sebuah rumah di Taman Bukit Larang Indah, Telok Mas, pada malam Ahad.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 pada jam 9 malam sebelum lima anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi.
Komander Operasi, PBK II Muhamad Shamser Mat Sharif berkata, sebaik tiba, pasukan bomba mendapati mangsa tidak sedarkan diri di atas struktur siling rumah tersebut.
“Bomba menjalankan operasi menurunkan mangsa dari atas siling sebelum menyerahkannya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut.
“Namun mangsa berusia 52 tahun disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di lokasi,” katanya dalam kenyataan.
Kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.03 malam.
Berita berkaitan
December 8, 2025, 11:50 am
KKR nafi JKR alih penghadang keselamatan di lokasi SUV terjunam gaung
December 8, 2025, 11:45 am
52,948 guru baharu dilantik sejak 2023, pengisian sekolah capai 98 peratus
December 8, 2025, 11:39 am
Ahli Parlimen Padang Serai didakwa bersubahat terima rasuah RM400,000
December 8, 2025, 11:24 am
'Saya sebagai manusia, saya juga faham orang marah' - Anwar tak salahkan rakyat Sabah
December 8, 2025, 11:10 am
Pelajar Tingkatan 2 maut ditembak ketika main sembunyi-sembunyi di Keningau
December 8, 2025, 9:15 am
Imigresen gempur 13 rumah pelacuran di Kuala Lumpur, 139 PATI dari enam negara ditahan
December 7, 2025, 8:35 pm
Beyond Education Malaysia raih Anugerah Sumbangan Cemerlang Pendidikan Kesihatan Asia
December 7, 2025, 6:34 pm
