Berita Berita
(VIDEO) Operasi Satria Jalanan: remaja 13 tahun antara ditahan di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR 17 Nov – Beberapa remaja lelaki termasuk yang berusia 13 tahun ditahan dalam Operasi Satria Jalanan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur di sekitar Taman Koperasi Polis Fasa 1 dan 2 semalam.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam, berkata operasi berfokus itu digerakkan selepas risikan selama dua minggu mendapati kawasan berkenaan sering menjadi lokasi tumpuan penunggang motosikal melakukan aksi berbahaya seperti superman, wheelie, tunggangan zig-zag serta perlumbaan haram.
Menurutnya, antara yang ditahan termasuk seorang remaja yang dikesan kerap menunggang di kawasan sama setiap minggu.
Operasi yang dijalankan dari pukul 5.30 petang hingga 7.30 malam itu melibatkan 39 anggota JPJ dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.
Dalam operasi tersebut, sebanyak 277 motosikal diperiksa, dengan 65 dikenakan tindakan dan 546 kesalahan direkodkan.
Antara kesalahan utama yang membimbangkan ialah 53 penunggang dan pembonceng bawah umur, terdiri daripada 16 individu bawah 14 tahun dan 37 bawah 16 tahun. Majoriti mereka tidak mempunyai lesen.
Selain itu, 90 motosikal dikesan tiada cukai jalan, insurans atau tidak mematuhi spesifikasi kenderaan, manakala 42 buah didapati diubah suai secara ekstrem.
JPJ turut mengesan motosikal tanpa nombor pendaftaran (16), tayar tidak mengikut spesifikasi (13), brek bermasalah (15), lampu tidak berfungsi (21), tiada cermin sisi (14) serta kesalahan tidak memakai topi keledar (75).
Hamidi berkata saman akan dikeluarkan kepada pemilik motosikal termasuk ibu bapa atau penjaga remaja terlibat. Kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) boleh membawa kepada denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.
Motosikal hanya boleh dituntut semula selepas saman diselesaikan.
Berita berkaitan
December 8, 2025, 11:50 am
KKR nafi JKR alih penghadang keselamatan di lokasi SUV terjunam gaung
December 8, 2025, 11:45 am
52,948 guru baharu dilantik sejak 2023, pengisian sekolah capai 98 peratus
December 8, 2025, 11:39 am
Ahli Parlimen Padang Serai didakwa bersubahat terima rasuah RM400,000
December 8, 2025, 11:24 am
'Saya sebagai manusia, saya juga faham orang marah' - Anwar tak salahkan rakyat Sabah
December 8, 2025, 11:10 am
Pelajar Tingkatan 2 maut ditembak ketika main sembunyi-sembunyi di Keningau
December 8, 2025, 9:15 am
Imigresen gempur 13 rumah pelacuran di Kuala Lumpur, 139 PATI dari enam negara ditahan
December 7, 2025, 8:35 pm
Beyond Education Malaysia raih Anugerah Sumbangan Cemerlang Pendidikan Kesihatan Asia
December 7, 2025, 6:34 pm
