Berita Viral
Wanita mengamuk di klinik kesihatan Gombak dihantar ke Hospital Bahagia
GOMBAK 20 Nov - Seorang wanita yang bertindak agresif dengan mengeluarkan kata-kata kesat serta meludah ke arah kakitangan dan pesakit di sebuah klinik kesihatan di sini, pada Rabu, telah ditahan polis sebelum diperintahkan menjalani penilaian di Hospital Bahagia.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, siasatan awal mendapati wanita berusia lingkungan 20-an itu hadir bersama anaknya untuk mendapatkan rawatan sebelum tiba-tiba hilang kawalan.
“Suspek bertindak menjerit, memaki hamun, berdiri di atas kerusi dan meludah ke arah kakitangan dan orang awam di klinik berkenaan. Berikutan kejadian itu, satu laporan polis dibuat pada jam 12.25 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, suspek ditahan pada hari sama dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
“Suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Selayang dan kes ditetapkan untuk sebutan pada 19 Disember 2025. Tertuduh juga akan dihantar ke Hospital Bahagia untuk penilaian lanjut, selain tiada jaminan ditawarkan,” katanya.
Insiden itu tular di media sosial selepas beberapa rakaman memaparkan seorang wanita mengamuk ketika hadir mendapatkan rawatan di sebuah klinik di kawasan Gombak.
Berita berkaitan
September 22, 2026, 3:42 pm
Wanita syukur dapat video kemalangan ahli keluarga di Penchala Link
September 22, 2026, 2:44 pm
Tular 'jogging' bawa anjing, Radzi Jidin dah maklum pada PPj untuk tindakan
September 22, 2026, 1:28 pm
Lelaki warga asing jadi prebet sapu, 'roadtax' kereta tamat sejak 2024
September 22, 2026, 11:49 am
Budak tahan sakit kena rotan dipercayai dipaksa jual kacang di Johor
September 22, 2026, 9:47 am
Pemandu lori buat 'auto pilot' manual untuk capai barang di belakang tempat duduk
September 21, 2026, 4:03 pm
Warga asing duduk luar negara dakwa orang Malaysia paling rasis
September 21, 2026, 2:29 pm
Aktivis kena marah lepas dedah warga asing sambut majlis kahwin guna BMW
September 21, 2026, 1:23 pm
Bapa buntu cari RM70,000 dalam masa 10 hari demi selesaikan kes 'maid' aniaya anak
September 21, 2026, 9:54 am
'Bila nak selesai masalah' - Netizen persoal kereta peronda 'escort' pencuri kabel di kawasan rumah
September 20, 2026, 9:51 am
