Berita Berita
'Pantau semua spa di Pahang, jangan ada aktiviti songsang' - Sultan Abdullah
KUANTAN 3 Dis - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar sebarang kegiatan tidak bermoral atau songsang tidak dibiarkan berakar di negeri ini, sambil menggesa semua pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan hukum dan pencegahan yang sewajarnya.
Baginda menzahirkan rasa terkejut terhadap kewujudan kegiatan seumpama itu dan menegaskan ia tidak wajar berlaku di Pahang.
"Saya harap ini tidak berlaku di Pahang dan saya ingin beri nasihat, jauhilah perbuatan-perbuatan songsang ini," titah baginda dalam satu hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, Selasa.
Baginda turut mengarahkan Majlis Perbandaran dan pihak berkuasa daerah memperketatkan pemantauan, khususnya terhadap premis-premis yang menawarkan perkhidmatan seperti spa agar tidak disalah guna.
“Kalau ada pun tempat-tempat yang menyediakan fasiliti seperti ini (spa) dapat dipantau dengan lebih rapi supaya tidak ada kegiatan-kegiatan songsang ini berlaku di negeri Pahang” titah baginda lagi.
Baginda juga menegaskan bahawa tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang terbabit secara langsung atau menyediakan kemudahan untuk aktiviti berkenaan.
Terdahulu, media melaporkan terbongkarnya aktiviti sebuah pusat spa dan kesihatan yang dipercayai menjadi lokasi perhimpunan golongan lelaki songsang dan kegiatan tidak bermoral hasil serbuan di sebuah premis di Chow Kit, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Operasi bermula jam 8 malam itu dijalankan Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan hasil risikan selama dua minggu.
Dalam serbuan itu, seramai 171 lelaki tempatan ditahan, termasuk 17 penjawat awam.
Berita berkaitan
March 26, 2026, 4:18 pm
Victor Chin dedah bayaran RM9.5 juta adalah ‘yuran perkhidmatan’, bukan tutup kes
March 26, 2026, 3:43 pm
Agong nasihat rakyat waspada fenomena cuaca panas berpanjangan
March 26, 2026, 3:35 pm
Penghantar makanan dipenjara empat bulan selepas belasah isteri hamil
March 26, 2026, 2:43 pm
MATTA gesa subsidi diesel untuk bas pelancongan, elak industri terjejas
March 26, 2026, 2:07 pm
Masjid di Kelantan laksanakan solat sunat Istisqa susulan cuaca panas berpanjangan
March 26, 2026, 1:54 pm
Pasangan dihukum penjara setahun akibat perbuatan tidak senonoh di tanah perkuburan
March 26, 2026, 1:20 pm
Gadis 13 tahun hilang selepas selisih faham keluarga di Bandar Baru Ampang
March 26, 2026, 12:54 pm
Hannah Yeoh arah siasatan segera dakwaan ahli MPP minta wang perlindungan
March 26, 2026, 12:46 pm
