TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PGIRM pantu ART 2025 secara profesional, utamakan kepentingan rakyat

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 4 Dis – Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menegaskan komitmen untuk memantau secara profesional pelaksanaan Perjanjian Timbal Balas Malaysia–Amerika Syarikat (ART 2025), yang ditandatangani semasa Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini.

Menurut PGIRM, perjanjian tersebut hanya akan berkuat kuasa 60 hari selepas Malaysia dan Amerika Syarikat menyelesaikan prosedur domestik masing-masing, sejajar dengan klausa yang termaktub dalam ART 2025.

Presidennya, Azmi Mohd Tahir, berkata tempoh 60 hari itu menjadi ruang penting untuk memastikan semua implikasi perjanjian diteliti dengan telus agar kepentingan rakyat dan pencarum tidak terjejas.

“Tempoh 60 hari sebelum ART berkuat kuasa adalah peluang kritikal untuk memastikan kepentingan rakyat dan pencarum diutamakan. PGIRM akan terus memantau, memberi cadangan konstruktif dan menyeru ketelusan penuh dalam pelaksanaan ART,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PGIRM dalam kenyataan sama turut menyenaraikan empat fokus utama pemantauan:

  1. Impak terhadap rakyat dan pencarum, khususnya melibatkan peluang pekerjaan, kos sara hidup, sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pertanian serta industri sensitif.

  2. Ketelusan serta akses kepada maklumat, termasuk keperluan mendedahkan teks penuh ART dan implikasinya agar rakyat memahami hak serta risiko.

  3. Perlindungan kedaulatan negara dan hak rakyat, antaranya melalui klausa yang membolehkan Malaysia menamatkan perjanjian sekiranya perlu.

  4. Dialog bersama masyarakat sivil, bagi memastikan suara NGO, pekerja, pengguna dan pihak berkepentingan lain diambil kira sebelum pelaksanaannya.

PGIRM menegaskan bahawa pendirian itu merupakan advokasi profesional selaras dengan mandat organisasi untuk memastikan rakyat mendapat maklumat tepat dan perlindungan sewajarnya berhubung pelaksanaan ART 2025.

+ - reset