Berita Berita
Tunku Azizah ziarah pasangan terima bayi kembar hasil IVF tajaan TAFF
PETALING JAYA 25 Dis - Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menziarahi pasangan suami isteri yang dikurniakan bayi kembar hasil rawatan In-Vitro Fertilisation (IVF) tajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF), semalam.
Menerusi hantaran di media sosial, pasangan berkenaan yang telah tujuh tahun mendirikan rumah tangga meluahkan rasa syukur apabila terpilih menjalani rawatan IVF bersama TAFF selepas pelbagai ikhtiar dilakukan bagi memperoleh cahaya mata.
Pasangan itu, Amru Khalid Sazali, 31, dan isterinya Afifah Syahirah Abdul Karim, 30, dikurniakan bayi kembar yang dilahirkan melalui pembedahan pada 21 Disember lalu.
“Junjung kasih Tuanku. Terima kasih kepada semua pihak TAFF yang banyak membantu dan menyokong sepanjang perjalanan rawatan kesuburan ini,” menurut hantaran tersebut.
Bayi kembar berkenaan dinamakan Atiyyah Zahra dengan berat 2.49 kilogram dan Abdullah Zainy seberat 2.15 kilogram.
Difahamkan, lawatan ke kediaman pasangan itu di Pantai Sepat, Kuantan sekali gus mencatatkan kelahiran bayi ke-148 dan ke-149 hasil inisiatif TAFF.
Dalam kunjungan berkenaan, Tunku Azizah yang diiringi anakanda Seri Paduka Baginda, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah turut meluangkan masa berkongsi nasihat serta tip penjagaan bayi dan ibu berpantang dengan pasangan tersebut.
Berita berkaitan
December 30, 2025, 4:28 pm
Kompaun hingga RM2,000 mulai 1 Januari jika buang sampah, meludah di tempat awam
December 30, 2025, 4:22 pm
Pengerusi PN Negeri Sembilan letak jawatan
December 30, 2025, 4:13 pm
Ismail Ayob calon BN bagi PRK Dun Lamag
December 30, 2025, 4:11 pm
SIRAT Global Forum 2026 bakal himpun komuniti perniagaan India Muslim pada 23 hingga 25 Januari 2026
December 30, 2025, 3:17 pm
PAS tidak sertai EXCO baharu Perlis tanda solidariti, sedia lepaskan jawatan masing-masing
December 30, 2025, 2:44 pm
Polis bongkar 16 kes pecah masuk pejabat kerajaan di Johor didalangi pemandu lori ais
December 30, 2025, 2:27 pm
Mujahid tarik balik saman terhadap Takiyuddin, tamatkan pertikaian
December 30, 2025, 2:21 pm
PN kekal di Perlis walaupun kepimpinan pusat letak jawatan
December 30, 2025, 2:17 pm
Sarah Nabihah hilang sejak Jumaat, polis minta bantuan orang ramai
December 30, 2025, 1:23 pm
