Berita Viral
Lelaki 'kantoi' curang pukul isteri baru habis pantang bertubi-tubi di hotel di Port Dickson
KUALA LUMPUR 20 Jun – Tular video di laman sosial hari ini memaparkan seorang lelaki tergamak memukul isterinya yang baru sahaja habis berpantang gara-gara perbuatan curang lelaki itu diketahui di sebuah hotel, baru-baru ini.
Dalam video berkenaan, wanita itu hadir ke hotel berkenaan dan tiba di pintu bilik hotel suaminya sebelum adegan pukul berkenaan bermula.
Wanita itu kelihatan menahan sakit dan mempertahankan diri daripada dipukul bertubi-tubi oleh suaminya yang berang perbuatannya diketahui wanita itu.
Malah, wanita berkenaan dilihat ditumbuk di muka berkali-kali sehingga tudungnya tercabut dan suaminya tidak berhenti dar memukulnya biarpun dihalang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata pada jam 3 petang semalam pihaknya mendapat maklumat mengenai video tular berdurasi 31 saat di media sosial memaparkan pasangan berusia 37 dan 38 tahun bergaduh di sebuah hotel.
"Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 24 Mei lalu jam 9.50 pagi di sebuah Hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan dan pergaduhan itu membabitkan suami isteri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, punca kejadian dipercayai kerana si suami curang dan mendaftar masuk di sebuah hotel.
"Susulan pergaduhan itu, mangsa seorang perempuan Melayu cedera di pipi dan sakit di beberapa anggota badan.
"Mangsa sudah membuat laporan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumahtangga," katanya.
Isteri lelaki itu yang dikatakan baru habis berpantang pergi sendiri ke bilik suaminya di hotel itu sebelum terjadi pergaduhan.
Berita berkaitan
April 24, 2026, 2:48 pm
(VIDEO) ‘Bayar 1 sen terus cabut lari’ – Pelanggan lari lepas buat bayaran tak munasabah
April 17, 2026, 11:25 am
Lelaki panjat siling, hendap wanita di tandas LRT Sentul direman
April 6, 2026, 2:33 pm
(VIDEO) Rakaman dashcam dedah aksi bahaya penunggang lawan arus Lebuhraya Karak
April 3, 2026, 3:49 pm
Tak hormat tempat ibadah, individu selamba curi duit tabung surau di Setiu, Terengganu.
April 2, 2026, 5:26 pm
(VIDEO) Warga asing didakwa usung bayi tengah pas demi raih simpati orang ramai
April 2, 2026, 11:32 am
(VIDEO) CCTV rakam budak Rohingya selamba mencuri di Machang, Kelantan
April 1, 2026, 12:33 pm
