Berita Berita
Bapa, dua anak maut dalam nahas ketika dalam perjalanan jemput ibu di Jalan Sungai Kob
KULIM 19 Jan - Kemalangan tragis di Jalan Sungai Kob, di sini, petang tadi meragut tiga nyawa termasuk dua kanak-kanak lelaki selepas dua buah kereta terbabit dalam perlanggaran yang mengakibatkan salah satu kenderaan terbakar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.09 petang.
Beliau berkata, sepasukan lima anggota dari BBP Kulim Hi Tech yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Mohamad Yazan Yahaya digerakkan ke lokasi dan tiba tidak lama kemudian.
"Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan kecemasan melalui 999 memaklumkan terdapat kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kereta dan terdapat tiga orang mangsa tersepit dalam salah kereta terbabit.
"Komander Operasi melaporkan, setibanya di lokasi didapati kemalangan membabitkan dua buah kereta iaitu sebuah Perodua Viva dan sebuah Proton S70 bertembung dan terbabas ke bahu jalan.
"Pemandu kereta Perodua Viva tersepit dan dua kanak-kanak lelaki berada di dalamnya.
"Ketiga-tiga mangsa dipercayai meninggal dunia dan disahkan oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi.
"Kereta Proton S70 dilaporkan terbakar di tempat kejadian dan pemandunya seorang lelaki berjaya keluar dari kereta dan mengalami kecederaan ringan sebelum mangsa dibawa ke Hospital Kulim menaiki ambulans KKM," katanya di sini hari ini.
Azmir berkata, Komander Operasi turut memaklumkan dua kanak-kanak lelaki yang berada di bahagian penumpang kereta Perodua Viva dikeluarkan dengan bantuan orang awam, manakala pemandunya tersepit di dalam kenderaan.
"Pasukan bomba mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.
"Kereta yang terbakar dipadamkan dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kulim dengan menggunakan salur bantu mula sehingga dipadam sepenuhnya," katanya.
Berita berkaitan
August 25, 2026, 12:33 pm
Amirudin diberi amanah urus kerjasama PH-BN pada PRN Melaka - Anwar
August 25, 2026, 12:29 pm
Ayob Khan dedah diintip militan IS ketika berjoging
August 25, 2026, 12:24 pm
Cadangan audit forensik ke atas FELDA akan dibawa ke Kabinet - Anwar
August 25, 2026, 12:24 pm
Umat Islam perlu berubah, jangan sampai orang cemas dengan Islam – Anwar
August 24, 2026, 9:54 pm
UK gesa umat Islam kurangkan penggunaan air ketika wuduk, komuniti Asia ketika basuh beras
August 24, 2026, 9:03 pm
RM958 juta pelaburan filem, Anwar mahu suntikan lebih besar untuk industri kreatif
August 24, 2026, 5:02 pm
Alor Setar, Sungai Petani catat bacaan IPU tidak sihat
August 24, 2026, 4:46 pm
