TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Jabatan Audit Negara disaran tubuh pasukan khas kekang kebocoran dana awam

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 26 Jan – Jabatan Audit Negara (JAN) disyorkan mewujudkan satu pasukan khas bagi meneliti serta menambah baik setiap inisiatif yang dilaksanakan jabatan itu dalam usaha mengekang kebocoran dana awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, usaha berkenaan perlu merangkumi pendekatan baharu yang lebih dinamik selain meneruskan langkah sedia ada seperti pendigitalan perkhidmatan.

Menurut beliau, pelaksanaan audit juga wajar diperluaskan sehingga ke peringkat akar umbi bagi mendekati rakyat dan mengubah persepsi bahawa audit merupakan sesuatu yang menggerunkan.

“Jika kita kekal dengan pemikiran dan tahap pencapaian lama, kita tidak akan ke mana-mana. Oleh itu, mesti ada satu keresahan yang bersifat positif untuk mencari ruang penambahbaikan.

“Justeru, perlu ada pasukan yang sentiasa berfikir, merenung dan mencari jalan memperbaiki kelemahan termasuk mengenal pasti ruang yang memungkinkan kebocoran berlaku serta tindakan yang mungkin lebih perlahan daripada sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jabatan Audit Negara ke-120 yang berlangsung di sini, hari ini.

+ - reset