Berita Berita
Ringgit pada paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun, Anwar ucap 'Alhamdullilah'
KUALA LUMPUR 26 Jan - Ringgit memulakan urus niaga Isnin dengan prestasi lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), menghampiri paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun susulan sentimen pasaran yang semakin positif serta kelemahan indeks dolar AS.
Menurut laporan BERNAMA, pada jam 8 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 3.9850/9950 berbanding dolar AS berbanding 4.0045/0080 pada penutupan Jumaat lalu.
Ringgit kali terakhir berada pada paras hampir sama ialah pada 24 Mei 2018 apabila diniagakan pada RM3.9797 berbanding dolar AS.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata prestasi ringgit disokong prospek ekonomi Malaysia yang memberangsangkan, khususnya selepas keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) baru-baru ini.
“BNM mungkin cenderung untuk mengekalkan OPR dan kami melihat potensi kenaikan berikutan purata jangka panjang dari 21 Julai 2005 hingga hari ini adalah kira-kira RM3.82,” katanya.
Mengulas faktor luaran, beliau berkata tumpuan pasaran kini terarah kepada pergerakan Dolar-Yen (USDJPY) susulan campur tangan pihak berkuasa Jepun dalam pasaran pertukaran asing.
“Ini berlaku berikutan Jepun akan mengadakan pilihan raya pada 8 Februari dan janji-janji pilihan raya kebanyakannya bersifat populis yang boleh memberikan tekanan terhadap kedudukan fiskal Jepun.
“Dilihat terdapat campur tangan oleh pihak berkuasa yang boleh menyebabkan dolar AS menjadi lebih rendah,” katanya.
Beliau berkata Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.43 peratus kepada 97.181 mata.
Sehubungan itu, katanya pasangan USDMYR berpotensi menembusi paras RM4.0000 pada penutupan dagangan hari ini.
Sebelum ini, ringgit diniagakan seketika pada paras RM3.99 pada tengah hari Jumaat lalu sebelum ditutup pada RM4.0062.
Dalam perkembangan lain, ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 2.5680/5748 daripada 2.5337/5361 pada Jumaat lalu, lemah berbanding pound kepada 5.4447/4584 daripada 5.4177/4224, serta rendah berbanding euro kepada 4.7258/7377 daripada 4.6993/7034.
Mata wang tempatan turut melemah berbanding dolar Singapura kepada 3.1348/1429 daripada 3.1302/1330 dan susut berbanding baht Thailand kepada 12.8420/8858 daripada 12.8362/8544.
Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 236.9/237.6 daripada 238.0/238.3 serta meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.74/6.76 daripada 6.77/6.78 sebelum ini.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik kejayaan pengukuhan nilai ringgit yang mencecah paras psikologi 3.99 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), sekali gus menterjemahkan kekuatan ekonomi ketika ini.
“Alhamdullilah,” katanya ringkas kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Putrajaya di sini tadi.
Berita berkaitan
January 31, 2026, 11:27 am
Serangan berterusan bertujuan paksa Muhyiddin berundur – Dr Marzuki
January 31, 2026, 11:20 am
Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dilantik Panglima Angkatan Tentera baharu
January 31, 2026, 11:13 am
Kanak-kanak cedera kepala nahas empat kenderaan di Mersing
January 30, 2026, 7:48 pm
SPRM bongkar rangkaian pusat urut terkemuka bayar wang perlindungan RM2.7 juta kepada penguat kuasa
January 30, 2026, 7:27 pm
Semua aliran sekolah terima baik Bahasa Melayu, Sejarah wajib dalam SPM
January 30, 2026, 7:11 pm
Anwar tinjau persiapan Thaipusam di Kuil Sri Maha Mariamman Batu Caves
January 30, 2026, 7:02 pm
SPRM nafi dakwaan keluarkan saman palsu, ancam tindakan undang-undang
January 30, 2026, 6:53 pm
Pegawai kanan TLDM didakwa paksa kontraktor sewa hotel miliknya, dedah Azam Baki
January 30, 2026, 6:43 pm
Penguatkuasaan perlu menyeluruh hingga peringkat PBT - PM
January 30, 2026, 6:36 pm
