Berita Berita
'Jangan ingat kami tak tahu' - PERKESO beri amaran sindiket hentikan tuntutan palsu
PUTRAJAYA 26 Jan – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan penipuan tuntutan apabila memberi amaran keras kepada ejen dan pencarum supaya menghentikan serta-merta kegiatan tuntutan palsu.
Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz berkata, setakat ini enam individu telah ditangkap hasil risikan agensi itu, manakala sindiket selebihnya dikenal pasti dan kini berada dalam radar pihaknya.
"Kepada ejen dan pencarum di luar sana, jangan ingat kami tidak tahu. Semua sindiket ini berada dalam radar kami,” katanya menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman sosialnya pada Isnin.
Beliau berkata, pembongkaran terbaharu itu susulan penangkapan kes tuntutan palsu di Pulau Pinang sebelum ini yang membawa kepada pengesanan kegiatan sama di Perlis.
Menurutnya, siasatan mendapati sindiket berkenaan melibatkan ejen yang bersekongkol dengan pencarum dengan mendakwa kononnya mereka mengalami strok bagi tujuan membuat tuntutan palsu daripada PERKESO.
“Hasil risikan daripada Bahagian Integriti dan Risikan PERKESO kami berjaya mengesan enam individu yang cuba membuat tuntutan palsu dan berjaya menyelamatkan dana berjumlah RM3.78 juta,” jelasnya.
Ujar Dr Mohammed Azman, PERKESO tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba memperdaya sistem dan dana perlindungan sosial yang diwujudkan untuk kebajikan pencarum.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan pencarum supaya tidak menggunakan pihak ketiga dalam urusan tuntutan dan sebaliknya berurusan terus dengan pejabat PERKESO atau melalui saluran dalam talian yang disediakan.
“Jangan tunggu nasi menjadi bubur. Berhenti sebelum terlewat,” kata beliau.
Sebelum ini, PERKESO dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membongkar satu sindiket pemalsuan tuntutan Faedah Pencen Ilat menerusi operasi khas yang dikenali sebagai ‘Ops Stroke’.
Hasil risikan mendalam yang dijalankan sejak 3 September tahun lalu mendapati, jumlah faedah sebanyak RM220,000 telah dibayar akibat tuntutan palsu sebelum dikesan, manakala anggaran kerugian bernilai RM3.78 juta berjaya disekat.
Dalam operasi itu, seramai enam individu melibatkan Orang Berinsurans (OB) dan dalang utama telah diberkas kerana disyaki bersekongkol memalsukan dokumen bagi tujuan tuntutan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
Berita berkaitan
January 31, 2026, 11:27 am
Serangan berterusan bertujuan paksa Muhyiddin berundur – Dr Marzuki
January 31, 2026, 11:20 am
Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dilantik Panglima Angkatan Tentera baharu
January 31, 2026, 11:13 am
Kanak-kanak cedera kepala nahas empat kenderaan di Mersing
January 30, 2026, 7:48 pm
SPRM bongkar rangkaian pusat urut terkemuka bayar wang perlindungan RM2.7 juta kepada penguat kuasa
January 30, 2026, 7:27 pm
Semua aliran sekolah terima baik Bahasa Melayu, Sejarah wajib dalam SPM
January 30, 2026, 7:11 pm
Anwar tinjau persiapan Thaipusam di Kuil Sri Maha Mariamman Batu Caves
January 30, 2026, 7:02 pm
SPRM nafi dakwaan keluarkan saman palsu, ancam tindakan undang-undang
January 30, 2026, 6:53 pm
Pegawai kanan TLDM didakwa paksa kontraktor sewa hotel miliknya, dedah Azam Baki
January 30, 2026, 6:43 pm
Penguatkuasaan perlu menyeluruh hingga peringkat PBT - PM
January 30, 2026, 6:36 pm
