TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Remaja perempuan cedera parah jatuh dari kondominium di Gelugor

By
|
Kongsi
image

GEORGE TOWN 26 Jan – Seorang remaja perempuan warga tempatan berusia 15 tahun cedera parah selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan kondominium di Gelugor, di sini, pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam kira-kira jam 1.15 tengah hari.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari bilik tidur di tingkat 10 sebelum ditemui terbaring di tingkat tujuh kondominium berkenaan sekitar jam 1.05 tengah hari.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan telah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut serta kini masih dirawat di unit rawatan rapi.

“Setakat ini mangsa masih belum sedar dan rakaman keterangan hanya akan dilakukan selepas keadaannya stabil,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan berkaitan insiden tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi sementara siasatan lanjut dijalankan oleh pihak polis.

+ - reset