TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis tahan 26 individu dalam Op Noda di Iskandar Puteri

By
|
Kongsi
image

ISKANDAR PUTERI 26 Jan – Polis menahan seramai 26 individu dalam operasi khas Op Noda yang dijalankan di sekitar Iskandar Puteri bermula Sabtu hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, operasi berkenaan dilaksanakan di lima premis hiburan dan tiga pusat urut di kawasan Taman Bukit Indah, Mutiara Rini, Nusa Bestari serta sekitar Iskandar Puteri.

Menurutnya, operasi itu dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri dengan kerjasama pasukan D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

“Hasil serbuan, seramai 26 individu ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan enam lelaki warga tempatan, seorang wanita warga tempatan, empat wanita warga Myanmar serta masing-masing dua wanita warga Vietnam dan Thailand.

“Turut ditahan lima wanita warga China, seorang lelaki warga China, tiga lelaki warga Myanmar dan dua lelaki warga Vietnam dengan usia antara 21 hingga 58 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati lima daripada individu yang ditahan mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah.

Menurutnya, seorang daripada mereka didapati masih dikehendaki polis berkaitan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala hasil ujian saringan air kencing ke atas seorang individu mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

Tambah beliau, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM5,616 dalam operasi berkenaan.

+ - reset