Berita Berita
Buang sampah kecil pun boleh ke mahkamah, SWCorp tegas kuat kuasa undang-undang
ALOR SETAR 26 Jan – Penguatkuasaan undang-undang kebersihan negara terhadap kesalahan membuang sampah kecil di tempat awam dilaksanakan secara tegas tanpa mengira status individu, sama ada warga tempatan atau asing.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Khalid Mohamed berkata, sehingga semalam pihaknya mengeluarkan sebanyak 494 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) di tujuh negeri yang melaksanakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
Menurut beliau, daripada jumlah itu, 377 kes melibatkan warga tempatan manakala 117 kes membabitkan warga asing.
“Statistik ini membuktikan pendekatan penguatkuasaan dilaksanakan secara menyeluruh, konsisten dan berfokus kepada pembentukan disiplin masyarakat dalam menjaga kebersihan awam,” katanya kepada pemberita di pekarangan Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Beliau berkata, di Kedah sahaja, NPK yang dikeluarkan melibatkan 103 kes warga tempatan dan 17 kes warga asing.
“Sebanyak 57 kes telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan 37 kes memperoleh izin dakwa.
“Dua kes pula dijadualkan untuk sebutan di mahkamah pada 12 dan 16 Februari depan,” katanya.
Mengulas bentuk perintah khidmat masyarakat yang akan dikenakan ke atas pesalah, Khalid berkata, keputusan akan dibuat berdasarkan kesesuaian individu dengan aspek keselamatan diberi keutamaan.
Tambah beliau, SWCorp turut melaksanakan operasi Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) secara menyeluruh di kawasan Rehat dan Rawat (R&R).
“Sepanjang operasi itu, sebanyak 27 NPK dikeluarkan terhadap individu yang ditangkap kerana membuang sampah kecil di kawasan berkenaan,” katanya.
Terdahulu, seorang lelaki warga Indonesia didenda RM300 dan diperintahkan menjalani khidmat masyarakat selama enam jam oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas kesalahan membuang puntung rokok pada 1 Januari lalu.
OKS, Jufri Zulkifli, 39, dikenakan hukuman tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.
Sebelum itu, pada 23 Januari lalu, dua individu iaitu seorang wanita warga Indonesia dan seorang lelaki warga Bangladesh turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas kesalahan membuang sisa pepejal berupa botol minuman dan puntung rokok di tempat awam.
Berita berkaitan
January 31, 2026, 11:27 am
Serangan berterusan bertujuan paksa Muhyiddin berundur – Dr Marzuki
January 31, 2026, 11:20 am
Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dilantik Panglima Angkatan Tentera baharu
January 31, 2026, 11:13 am
Kanak-kanak cedera kepala nahas empat kenderaan di Mersing
January 30, 2026, 7:48 pm
SPRM bongkar rangkaian pusat urut terkemuka bayar wang perlindungan RM2.7 juta kepada penguat kuasa
January 30, 2026, 7:27 pm
Semua aliran sekolah terima baik Bahasa Melayu, Sejarah wajib dalam SPM
January 30, 2026, 7:11 pm
Anwar tinjau persiapan Thaipusam di Kuil Sri Maha Mariamman Batu Caves
January 30, 2026, 7:02 pm
SPRM nafi dakwaan keluarkan saman palsu, ancam tindakan undang-undang
January 30, 2026, 6:53 pm
Pegawai kanan TLDM didakwa paksa kontraktor sewa hotel miliknya, dedah Azam Baki
January 30, 2026, 6:43 pm
Penguatkuasaan perlu menyeluruh hingga peringkat PBT - PM
January 30, 2026, 6:36 pm
