Berita Berita
Enam kali kerja rumah dibersihkan, warga emas masih degil simpan sampah melampau di rumah
IPOH 30 Jan – Enam operasi pembersihan dan tiga tindakan mahkamah sebelum ini masih gagal mengubah sikap seorang penghuni premis di Taman Bersatu, Simpang Pulai, apabila Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sekali lagi melaksanakan operasi bersepadu penghapusan kacau ganggu di kawasan berkenaan pada Khamis.
Pemilik premis, seorang wanita warga emas berusia 69 tahun, dikesan terus mengumpul serta menyimpan barangan kitar semula secara tidak terkawal di halaman rumah teres satu tingkat miliknya.
Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Mohd Saleh berkata, keadaan itu bukan sahaja menimbulkan gangguan persekitaran, malah berisiko menjadi tempat pembiakan vektor pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas dan tikus yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk setempat.
Menurut beliau, rekod MBI menunjukkan sejak 2016, sebanyak enam operasi pembersihan telah dijalankan di premis berkenaan selain tiga tindakan mahkamah membabitkan hukuman denda dan perintah mahkamah dikenakan terhadap pemilik.
“Bagaimanapun, semua tindakan tersebut gagal menghalang pemilik daripada mengulangi perbuatan yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam operasi terbaharu itu, sebanyak lima lori berkapasiti tujuh tan bersama sebuah jengkaut digerakkan dengan kekuatan 27 anggota pembersihan.
Beliau berkata, pelbagai barangan seperti plastik, kertas, besi dan kayu dipindahkan sepenuhnya, dengan operasi berjaya diselesaikan dalam tempoh kira-kira tiga jam tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Zamakhshari menegaskan, MBI tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mengabaikan arahan sehingga mengancam kesihatan awam dan keselamatan persekitaran.
“Tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan demi kepentingan bersama,” katanya.
Operasi bersepadu itu turut melibatkan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Tambah beliau, penglibatan agensi kerajaan berkaitan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) amat dialu-alukan bagi merangka penyelesaian jangka panjang secara holistik supaya isu seumpama itu tidak berulang pada masa hadapan.
“MBI kekal komited memastikan kesejahteraan dan kualiti hidup warga Ipoh terus terpelihara melalui penguatkuasaan undang-undang yang konsisten dan berterusan,” katanya.
Berita berkaitan
January 31, 2026, 11:27 am
Serangan berterusan bertujuan paksa Muhyiddin berundur – Dr Marzuki
January 31, 2026, 11:20 am
Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dilantik Panglima Angkatan Tentera baharu
January 31, 2026, 11:13 am
Kanak-kanak cedera kepala nahas empat kenderaan di Mersing
January 30, 2026, 7:48 pm
SPRM bongkar rangkaian pusat urut terkemuka bayar wang perlindungan RM2.7 juta kepada penguat kuasa
January 30, 2026, 7:27 pm
Semua aliran sekolah terima baik Bahasa Melayu, Sejarah wajib dalam SPM
January 30, 2026, 7:11 pm
Anwar tinjau persiapan Thaipusam di Kuil Sri Maha Mariamman Batu Caves
January 30, 2026, 7:02 pm
SPRM nafi dakwaan keluarkan saman palsu, ancam tindakan undang-undang
January 30, 2026, 6:53 pm
Pegawai kanan TLDM didakwa paksa kontraktor sewa hotel miliknya, dedah Azam Baki
January 30, 2026, 6:43 pm
Penguatkuasaan perlu menyeluruh hingga peringkat PBT - PM
January 30, 2026, 6:36 pm
