Berita Berita
KPM percepat pengambilan 20,000 guru DG9 persedian RPM 2026-2035
KUALA LUMPUR 30 Jan - Kementerian Pendidikan (KPM) mempercepat persiapan awal sistem pendidikan negara dengan merancang pengambilan seramai 20,000 pegawai perkhidmatan pendidikan gred DG9 bagi memenuhi keperluan sekolah di seluruh negara pada tahun ini.
Ketua Pengarah Pendidikan, Mohd Azam Ahmad berkata langkah itu sebahagian persiapan awal KPM menjelang pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 serta kemasukan murid berumur enam tahun ke Tahun 1 secara sukarela.
Menurutnya, proses pengambilan tersebut akan dilaksanakan dengan kerjasama penuh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
“Pembukaan permohonan dari 2 hingga 20 Mac ini dan proses saringan serta temu duga pula antara 27 Apr hingga 14 Mei,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, calon terpilih akan diwajibkan menjalani latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM merangkumi pelbagai bidang pengkhususan.
“Inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh sistem pendidikan negara demi manfaat anak-anak,” katanya.
Sebelum ini wujud keresahan daripada beberapa pihak berhubung kemasukan murid berumur enam tahun ke Tahun 1 secara sukarela bermula tahun depan yang dikhuatiri akan menyebabkan kekurangan guru dan bilik darjah.
Kebimbangan itu turut disuarakan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah yang menggesa kerajaan menangguhkan terlebih dahulu dasar berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan pengambilan murid Tahun 1 daripada kanak-kanak seawal enam tahun ketika melancarkan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 pada 20 Januari lalu.
Pada peringkat awal, pengambilan secara pilihan itu dirancang dilaksanakan menerusi ujian diagnostik bagi menentukan kelayakan kemasukan.
Bagaimanapun, Anwar pada Selasa mengumumkan saringan itu tidak akan dilaksanakan selepas meneliti kebimbangan pelaksanaannya yang boleh memberi kesan psikologi serta bersifat diskriminatif terhadap kanak-kanak.
Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada 21 Januari lalu memberi jaminan kapasiti sekolah, kemudahan sedia ada serta bilangan guru adalah mencukupi bagi menampung peningkatan jumlah murid pada tahun depan.
Berita berkaitan
January 31, 2026, 11:27 am
Serangan berterusan bertujuan paksa Muhyiddin berundur – Dr Marzuki
January 31, 2026, 11:20 am
Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dilantik Panglima Angkatan Tentera baharu
January 31, 2026, 11:13 am
Kanak-kanak cedera kepala nahas empat kenderaan di Mersing
January 30, 2026, 7:48 pm
SPRM bongkar rangkaian pusat urut terkemuka bayar wang perlindungan RM2.7 juta kepada penguat kuasa
January 30, 2026, 7:27 pm
Semua aliran sekolah terima baik Bahasa Melayu, Sejarah wajib dalam SPM
January 30, 2026, 7:11 pm
Anwar tinjau persiapan Thaipusam di Kuil Sri Maha Mariamman Batu Caves
January 30, 2026, 7:02 pm
SPRM nafi dakwaan keluarkan saman palsu, ancam tindakan undang-undang
January 30, 2026, 6:53 pm
Pegawai kanan TLDM didakwa paksa kontraktor sewa hotel miliknya, dedah Azam Baki
January 30, 2026, 6:43 pm
Penguatkuasaan perlu menyeluruh hingga peringkat PBT - PM
January 30, 2026, 6:36 pm
