Berita Berita
Calon ujian JPJ maut, keluarga tuntut siasatan telus
PETALING JAYA 8 Feb - Hasrat seorang gadis untuk memperoleh lesen motosikal berakhir tragedi apabila dia maut ketika menjalani ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sebuah sekolah memandu di Salak Tinggi, Sepang, baru-baru ini.
Menurut kakak mangsa, Amylia Ahmad Nazri, berita duka itu diterima keluarganya menerusi panggilan video daripada anak saudaranya yang turut menjadi calon ujian memandu di pusat berkenaan.
“Semasa (kejadian) itu, anak saudara saya sedang menunggu giliran untuk ujian memandu. Buat masa ini, yang kami tahu arwah adik (Alesya Qaisara) mengalami kecederaan di kepala,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Amylia berkata keluarganya berharap siasatan yang telus dan menyeluruh dapat dijalankan oleh pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian yang meragut nyawa mangsa.
“Keluarga sedang menguruskan perkara ini melalui saluran rasmi dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
“Kami juga sedang mendapatkan penjelasan daripada pihak berkaitan kerana kami lambat dimaklumkan mengenai kejadian itu daripada pihak mereka,” katanya.
Berita berkaitan
March 15, 2026, 6:08 pm
Tidak puas hati adik ditahan, lelaki kepung dan belasah buruh binaan
March 15, 2026, 5:36 pm
Temu janji pesakit hospital kerajaan pada cuti tambahan Aidilfitri diberi tarikh baharu
March 15, 2026, 2:05 pm
Dua mat rempit buat aksi ‘Superman’ dicekup
March 15, 2026, 1:55 pm
Empat lelaki disyaki curi kabel MRT ditahan
March 15, 2026, 1:19 pm
Kerajaan sedia hadapi kesan krisis Asia Barat
March 15, 2026, 1:12 pm
Anwar umum cuti tambahan Aidilfitri
March 15, 2026, 12:58 pm
Perak teruskan rumah terbuka Aidilfitri di Stadium Indera Mulia
March 15, 2026, 11:57 am
Kos hidup makin menekan, kerajaan digesa benarkan pengeluaran KWSP bersasar
March 15, 2026, 10:09 am
MPAJ tunda 1,139 kenderaan terbiar sepanjang tahun lalu
March 14, 2026, 10:59 pm
