Berita Berita
JKM kesan ibu bapa bayi ditinggalkan di Hospital Seberang Jaya
BUKIT MERTAJAM 9 Feb – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Seberang Perai Tengah sedang mengesan ibu bapa kandung seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di Wad 1, Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang, pada Ogos tahun lalu.
Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Tengah, Mohamad Fawwaz Mohamad Daud, berkata bayi berkenaan ditinggalkan oleh ibu bapanya yang bukan warganegara Malaysia.
Menurut beliau, ibu kandung bayi itu dikenali sebagai Phyo Thiri Kyaw dengan nombor dokumen perjalanan MF932171, manakala maklumat mengenai bapa kandung masih belum diperoleh.
“Bayi berkenaan ditinggalkan oleh ibu kandungnya di Wad 1, Hospital Seberang Jaya sejak 18 Ogos 2025 selepas dibenarkan keluar oleh pihak hospital. Namun, ibu bapanya tidak kelihatan selepas dibenarkan keluar, malah panggilan telefon juga tidak dijawab,” katanya ketika dihubungi.
Mohamad Fawwaz turut memaklumkan bahawa permohonan Pengecualian Seksyen 15(3) Akta Kanak-Kanak 2001 telah diluluskan bagi tujuan siaran media.
Beliau menasihatkan waris atau orang awam yang mempunyai maklumat mengenai ibu bapa bayi terbabit supaya menghubungi Pelindung Kanak-Kanak Daerah Seberang Perai Tengah, Mohamad Fawwaz Mohamad Daud di talian 04-538 2584 atau melalui e-mel fawwaz@jkm.gov.my.
Berita berkaitan
August 24, 2026, 9:54 pm
UK gesa umat Islam kurangkan penggunaan air ketika wuduk, komuniti Asia ketika basuh beras
August 24, 2026, 9:03 pm
RM958 juta pelaburan filem, Anwar mahu suntikan lebih besar untuk industri kreatif
August 24, 2026, 5:02 pm
Alor Setar, Sungai Petani catat bacaan IPU tidak sihat
August 24, 2026, 4:46 pm
Bidaan tongkat Abdul Hadi RM16,500 bukan kerana taksub tapi jadi peringatan hidup - Muqharabbin
August 24, 2026, 3:25 pm
‘Tak setuju, balas dengan hujah’ – Zaid tegur DAP henti guna laporan polis untuk berdepan dengan PAS
August 24, 2026, 2:09 pm
Dr Akmal sah hadir Muktamar Pemuda Pas di Kota Bharu 3 September
August 24, 2026, 1:57 pm
