Berita Berita
57,910 murid dikenal pasti pembawa talasemia hasil saringan seluruh negara
KUALA LUMPUR 23 Feb – Seramai 57,910 daripada 2.12 juta murid sekolah yang menjalani saringan di seluruh negara dikenal pasti sebagai pembawa talasemia.
Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad berkata, prevalens pembawa talasemia di seluruh negara berada pada kadar 59.1 per 1,000 murid yang disaring.
“Prevalens pembawa talasemia tertinggi direkodkan dalam kalangan masyarakat Melayu, diikuti Kadazan, Dusun dan Cina,” katanya pada sidang Dewan Rakyat Malaysia di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) mengenai status program saringan talasemia.
Terdahulu, Dzulkefly berkata, berdasarkan laporan rasmi Annual Report of the Malaysia Thalassemia Registry 2023 yang diterbitkan pada 2025, sebanyak 9,554 pesakit talasemia direkodkan di Malaysia.
Menurutnya, data tersebut diperoleh daripada 102 hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta dua hospital universiti yang terlibat dalam penyampaian perkhidmatan kepada pesakit talasemia.
Beliau menjelaskan, talasemia merupakan penyakit genetik yang berlaku akibat gangguan penghasilan hemoglobin dalam sel darah merah, sekali gus menyebabkan anemia dengan tahap keterukan berbeza.
Katanya, anggaran kos sepanjang hayat bagi setiap pesakit talasemia yang bergantung kepada pemindahan darah bermula dari usia kanak-kanak hingga 40 tahun mencecah AS$606,665 (hampir RM3 juta) bagi setiap pesakit.
“Jumlah itu merangkumi kos penjagaan kesihatan sebanyak 92.5 peratus manakala baki 7.5 peratus adalah perbelanjaan yang ditanggung pesakit dan keluarga,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata dua kaedah utama rawatan di peringkat antarabangsa ketika ini ialah penambahan gen menggunakan lentivirus serta pengeditan gen melalui teknologi CRISPR-Cas9.
“Namun kos bagi satu rawatan amat tinggi dengan nilai pasaran global mencecah antara AS$2.2 juta hingga AS$2.8 juta (kira-kira RM10 juta hingga RM13 juta) bagi setiap pesakit,” katanya.
Berita berkaitan
February 23, 2026, 7:11 pm
Warga emas maut dirempuh MPV sendiri di Seremban
February 23, 2026, 4:26 pm
Tokoh kewangan Islam, Daud Bakar dan Mahadi BZ mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sekuriti tanpa lesen
February 23, 2026, 4:20 pm
Teresa Kok rugi RM2,000 selepas kereta dipecah di Bukit Kiara
February 23, 2026, 4:17 pm
Polis cari pemandu kereta pandu melulu di Kompleks Sultan Abu Bakar
February 23, 2026, 4:13 pm
Dewan Rakyat belum terima notis pertukaran Ketua Pembangkang
February 23, 2026, 3:50 pm
Ashwad Ismail dilantik Ketua Pengarah Penyiaran RTM baharu
February 23, 2026, 3:44 pm
Wanita ditemui dalam kereta di Paya Terubong meninggal dunia akibat pneumonia
February 23, 2026, 2:48 pm
Pelajar Tingkatan 1 mengaku bersalah cabul rakan OKU berkerusi roda dalam kelas
February 23, 2026, 1:54 pm
