Berita Berita
Kanak-kanak lima tahun maut kemalangan tiga kenderaan di Lebuh Raya Seremban-Port Dickson
KUALA LUMPUR 23 Feb – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 16.6 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH) arah Seremban, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.54 petang itu, kemalangan melibatkan sebuah lori pasukan respons PLUS, sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) rondaan PLUS dan sebuah kenderaan jenis Honda CR-V yang dinaiki mangsa.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, mangsa yang duduk di bahagian hadapan mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital UCSI Port Dickson kira-kira jam 8.10 malam.
Menurutnya, siasatan awal mendapati lori pasukan respons PLUS dan 4WD rondaan PLUS berhenti di lorong kecemasan bagi membantu sebuah kenderaan lain yang terbabas di tebing jalan.
“Keadaan cuaca ketika itu hujan lebat, permukaan jalan basah dan kawasan kejadian gelap tanpa lampu jalan. Sebuah Honda CR-V yang datang dari arah sama dipercayai hilang kawalan ketika bergerak di lorong kanan sebelum terbabas dan melanggar bahagian belakang lori berkenaan.
“Akibat pelanggaran itu, lori terbabit bergerak ke hadapan lalu melanggar bahagian belakang 4WD rondaan PLUS,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pemandu dan seorang lagi penumpang Honda CR-V yang juga ibu bapa mangsa mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Port Dickson serta Hospital UCSI Port Dickson.
“Mayat mangsa akan dibedah siasat di Unit Forensik, Hospital Port Dickson kira-kira jam 9 pagi ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati ketika memandu dalam keadaan hujan lebat serta memastikan jarak selamat dan kelajuan bersesuaian bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Berita berkaitan
February 23, 2026, 7:11 pm
Warga emas maut dirempuh MPV sendiri di Seremban
February 23, 2026, 4:26 pm
Tokoh kewangan Islam, Daud Bakar dan Mahadi BZ mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sekuriti tanpa lesen
February 23, 2026, 4:20 pm
Teresa Kok rugi RM2,000 selepas kereta dipecah di Bukit Kiara
February 23, 2026, 4:17 pm
Polis cari pemandu kereta pandu melulu di Kompleks Sultan Abu Bakar
February 23, 2026, 4:13 pm
Dewan Rakyat belum terima notis pertukaran Ketua Pembangkang
February 23, 2026, 3:50 pm
Ashwad Ismail dilantik Ketua Pengarah Penyiaran RTM baharu
February 23, 2026, 3:44 pm
Wanita ditemui dalam kereta di Paya Terubong meninggal dunia akibat pneumonia
February 23, 2026, 2:48 pm
Pelajar Tingkatan 1 mengaku bersalah cabul rakan OKU berkerusi roda dalam kelas
February 23, 2026, 1:54 pm
