Berita Berita
Zahid Hamidi arah pemantauan berterusan susulan gempa bumi Sabah
KUALA LUMPUR 23 Feb – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan pemantauan lapangan secara berterusan susulan gempa bumi yang berlaku di perairan Sabah awal pagi tadi.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, rondaan turut dijalankan di kawasan pesisir pantai berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) selain pemeriksaan di beberapa daerah termasuk Putatan dan Kudat bagi memastikan keadaan kekal selamat serta terkawal.
Menurut beliau, keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan dan penduduk di kawasan berhampiran diminta supaya sentiasa peka terhadap arahan pihak berkuasa, kekal tenang serta tidak panik.
“Dapatkan maklumat sahih daripada portal bencana atau media sosial rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan agensi berkaitan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
Terdahulu, MetMalaysia memaklumkan gempa bumi bermagnitud 6.8 berlaku di perairan Kota Kinabalu, Sabah kira-kira 49 kilometer barat dari Kudat pada jam 12.57 pagi.
Gegaran dilaporkan dirasai di Sabah serta beberapa kawasan di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan dan keadaan terus dipantau dari semasa ke semasa.
Berita berkaitan
February 23, 2026, 7:11 pm
Warga emas maut dirempuh MPV sendiri di Seremban
February 23, 2026, 4:26 pm
Tokoh kewangan Islam, Daud Bakar dan Mahadi BZ mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sekuriti tanpa lesen
February 23, 2026, 4:20 pm
Teresa Kok rugi RM2,000 selepas kereta dipecah di Bukit Kiara
February 23, 2026, 4:17 pm
Polis cari pemandu kereta pandu melulu di Kompleks Sultan Abu Bakar
February 23, 2026, 4:13 pm
Dewan Rakyat belum terima notis pertukaran Ketua Pembangkang
February 23, 2026, 3:50 pm
Ashwad Ismail dilantik Ketua Pengarah Penyiaran RTM baharu
February 23, 2026, 3:44 pm
Wanita ditemui dalam kereta di Paya Terubong meninggal dunia akibat pneumonia
February 23, 2026, 2:48 pm
Pelajar Tingkatan 1 mengaku bersalah cabul rakan OKU berkerusi roda dalam kelas
February 23, 2026, 1:54 pm
