Berita Berita
JKM cari ibu kandung bayi ditemui bertali pusat di Sungai Dua
KEPALA BATAS 23 Feb – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan ibu kandung serta waris kepada seorang bayi perempuan yang ditemui dalam keadaan masih bertali pusat di Sungai Dua pada 13 November tahun lalu.
Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Norizzati Rosli berkata, bayi yang kini berusia dua bulan itu ditemui di sebuah tandas dalam keadaan memerlukan perhatian segera.
Menurut beliau, bayi berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Seberang Jaya bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Permohonan pengecualian di bawah Seksyen 15(3) Akta Kanak-Kanak 2001 telah diluluskan bagi tujuan siaran media untuk mengesan ibu kandung atau waris kanak-kanak terbabit.
“Sehubungan itu, waris atau orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung ibu bapa kandung bayi berkenaan diminta tampil membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, orang ramai boleh menghubungi Pelindung Kanak-Kanak Daerah SPU di talian 04-575 8715 atau menerusi emel izzatirosli@jkm.gov.my bagi menyalurkan maklumat.
Berita berkaitan
February 23, 2026, 7:11 pm
Warga emas maut dirempuh MPV sendiri di Seremban
February 23, 2026, 4:26 pm
Tokoh kewangan Islam, Daud Bakar dan Mahadi BZ mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sekuriti tanpa lesen
February 23, 2026, 4:20 pm
Teresa Kok rugi RM2,000 selepas kereta dipecah di Bukit Kiara
February 23, 2026, 4:17 pm
Polis cari pemandu kereta pandu melulu di Kompleks Sultan Abu Bakar
February 23, 2026, 4:13 pm
Dewan Rakyat belum terima notis pertukaran Ketua Pembangkang
February 23, 2026, 3:50 pm
Ashwad Ismail dilantik Ketua Pengarah Penyiaran RTM baharu
February 23, 2026, 3:44 pm
Wanita ditemui dalam kereta di Paya Terubong meninggal dunia akibat pneumonia
February 23, 2026, 2:48 pm
Pelajar Tingkatan 1 mengaku bersalah cabul rakan OKU berkerusi roda dalam kelas
February 23, 2026, 1:54 pm
