Berita Berita
Wanita ditahan JHEAINS selepas live minum di bulan Ramadan
KUALA PILAH 25 Feb – Tindakan seorang wanita Muslim membuat siaran langsung sambil minum secara terbuka pada bulan Ramadan mengundang padah apabila dia ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bagi membantu siasatan lanjut.
Menerusi video tular di media sosial, wanita terbabit dilihat memaklumkan kepada netizen bahawa dia tidak berpuasa ketika ditegur warganet berhubung sensitiviti bulan Ramadan.
Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd Asri Abdullah berkata, pihaknya memandang serius hantaran yang tular pada 23 Februari lalu itu.
“Video berkenaan memaparkan seorang wanita Muslim yang didakwa telah menghina atau mencela agama Islam.
“Hasil siasatan mendapati pemilik akaun aplikasi TikTok berkenaan telah membuat siaran langsung pada Ahad lalu kira-kira jam 6.45 petang untuk berinteraksi bersama pengikutnya dan melakukan tindakan makan serta minum secara terbuka ketika siaran tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurut beliau, wanita berusia 27 tahun itu ditahan di kediamannya di Kuala Pilah pada jam 12 tengah hari, Selasa sebelum dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 berkaitan kesalahan penghinaan atau pencelaan terhadap agama Islam.
Bagaimanapun, katanya, wanita itu dilepaskan pada jam 10 malam hari sama selepas keterangannya selesai diambil.
Beliau turut menasihatkan orang ramai khususnya umat Islam supaya sentiasa peka terhadap sensitiviti agama dan menghormati bulan Ramadan dengan mengamalkan perilaku yang selaras dengan tuntutan syarak.
“JHEAINS komited memastikan setiap urusan berkaitan umat Islam di Negeri Sembilan diurus secara tertib, penuh hikmah dan berlandaskan syariat Islam serta undang-undang berkuat kuasa,” katanya.
Berita berkaitan
February 26, 2026, 5:45 am
Waktu PdP Matematik sekolah rendah ditambah kepada 608 jam - Fadhlina
February 25, 2026, 9:28 pm
Yayasan Kubra roboh kuil di Rawang ikut undang-undang - Haniff Khatri
February 25, 2026, 3:26 pm
Mayat wanita ditemukan terapung dalam sungai berhampiran masjid di Alor Setar
February 25, 2026, 3:01 pm
Akibat pukul warga emas selepas kemalangan, lelaki terpaksa beraya dalam penjara
February 25, 2026, 2:45 pm
Pemindahan patung berhala Kuil Sri Uchimalai Muniswaran berjalan lancar - Polis
February 25, 2026, 2:13 pm
Lelaki kostum ikan duyung promosi air balang ditahan, terima upah RM200
February 25, 2026, 2:02 pm
Lelaki pecut lebih 10 kilometer elak ditahan, rempuh MPV polis di Sungai Petani
February 25, 2026, 1:53 pm
BN sahkan tiada pertemuan dengan Hamzah, kumpulan dipecat BERSATU
February 25, 2026, 1:43 pm
MCMC teliti langkah perundangan kekang aplikasi janji temu songsang
February 25, 2026, 1:31 pm
