Berita Berita
Sultan Pahang: Pembinaan rumah ibadat wajib patuhi undang-undang
KUALA LUMPUR 25 Feb - Pembinaan mana-mana rumah ibadat di Pahang wajib mematuhi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan.
Titah itu ditegaskan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika berkenan merasmikan Masjid Tengku Amir Ibrahim Sultan Abdullah di Taman Bukit Bendera, Temerloh, semalam.
Menerusi hantaran di laman web Istana Pahang, baginda bertitah pematuhan terhadap undang-undang amat penting bagi menjamin keharmonian masyarakat majmuk di negeri itu.
Menurut baginda, pembinaan rumah ibadat tanpa melalui saluran sah bukan sahaja melanggar peraturan, malah berpotensi mencetuskan salah faham.
Pada masa sama, titah Sultan Pahang, tindakan sedemikian juga boleh menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama.
“Undang-undang ini bukan untuk menyekat, bukan juga untuk menindas tetapi untuk menyelaraskan serta menjamin keadilan dan keharmonian bersama,” titah baginda.
Sementara itu, baginda mengingatkan bahawa mana-mana pihak yang bertindak mengikut pertimbangan sendiri tanpa merujuk peraturan boleh menimbulkan kekeliruan dan perbalahan dalam kalangan masyarakat.
Titah baginda, Pahang memerlukan ketertiban dan bukannya tindakan terburu-buru yang mengundang sengketa.
“Ibarat membina rumah tanpa pelan, akhirnya akan roboh menyembah bumi,” titah baginda.
Sehubungan itu, Sultan Pahang menyeru pihak berkuasa serta pihak berkuasa tempatan melalui jawatankuasa rumah ibadat bukan Islam, jabatan agama Islam dan pemimpin komuniti agar berganding bahu memperjelas prosedur selain memberi bimbingan sewajarnya kepada masyarakat.
Rakyat turut diingatkan supaya bersikap matang dan bertanggungjawab dalam setiap tindakan demi memelihara perpaduan negeri.
Berita berkaitan
February 26, 2026, 5:45 am
Waktu PdP Matematik sekolah rendah ditambah kepada 608 jam - Fadhlina
February 25, 2026, 9:28 pm
Yayasan Kubra roboh kuil di Rawang ikut undang-undang - Haniff Khatri
February 25, 2026, 3:26 pm
Mayat wanita ditemukan terapung dalam sungai berhampiran masjid di Alor Setar
February 25, 2026, 3:01 pm
Akibat pukul warga emas selepas kemalangan, lelaki terpaksa beraya dalam penjara
February 25, 2026, 2:45 pm
Pemindahan patung berhala Kuil Sri Uchimalai Muniswaran berjalan lancar - Polis
February 25, 2026, 2:13 pm
Lelaki kostum ikan duyung promosi air balang ditahan, terima upah RM200
February 25, 2026, 2:02 pm
Lelaki pecut lebih 10 kilometer elak ditahan, rempuh MPV polis di Sungai Petani
February 25, 2026, 1:53 pm
BN sahkan tiada pertemuan dengan Hamzah, kumpulan dipecat BERSATU
February 25, 2026, 1:43 pm
MCMC teliti langkah perundangan kekang aplikasi janji temu songsang
February 25, 2026, 1:31 pm
