Berita Berita
UMPSA siasat dakwaan lelaki pijak al-Quran di Thread
KUANTAN 25 Feb – Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah (UMPSA) sedang menjalankan siasatan berhubung tindakan seorang lelaki dipercayai bukan Islam yang memuat naik gambar memijak al-Quran di laman media sosial Thread.
Siasatan itu dijalankan bagi mengenal pasti sama ada individu berkenaan merupakan penuntut institusi tersebut.
Dalam satu kenyataan hari ini, UMPSA menegaskan pihaknya memandang serius perkara yang menyentuh isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja) sehingga boleh mencetuskan ketegangan kaum serta menggugat keharmonian awam, khususnya jika melibatkan warga universiti.
“Siasatan sedang dijalankan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pelajar yang didapati bersalah atas kesalahan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej UMPSA (Tatatertib Pelajar) 2024,” menurut kenyataan itu.
Tindakan lelaki menggunakan akaun ‘Vikneswaran0102’ di platform berkenaan mencetuskan kemarahan netizen sejak malam tadi, dengan ramai mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap individu tersebut yang didakwa merupakan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi di negeri ini.
Hantaran berbaur provokasi itu bagaimanapun telah dipadam sebelum disusuli permohonan maaf menerusi bebenang di akaun sama.
Dalam permohonan maaf tersebut, individu berkenaan mengakui perbuatannya salah dan tidak menghormati, selain mendakwa bertindak dalam keadaan marah serta dipengaruhi emosi ketika kejadian.
UMPSA menegaskan komitmennya untuk memastikan persekitaran kampus kekal harmoni serta menghormati sensitiviti semua pihak.
Berita berkaitan
February 26, 2026, 5:45 am
Waktu PdP Matematik sekolah rendah ditambah kepada 608 jam - Fadhlina
February 25, 2026, 9:28 pm
Yayasan Kubra roboh kuil di Rawang ikut undang-undang - Haniff Khatri
February 25, 2026, 3:26 pm
Mayat wanita ditemukan terapung dalam sungai berhampiran masjid di Alor Setar
February 25, 2026, 3:01 pm
Akibat pukul warga emas selepas kemalangan, lelaki terpaksa beraya dalam penjara
February 25, 2026, 2:45 pm
Pemindahan patung berhala Kuil Sri Uchimalai Muniswaran berjalan lancar - Polis
February 25, 2026, 2:13 pm
Lelaki kostum ikan duyung promosi air balang ditahan, terima upah RM200
February 25, 2026, 2:02 pm
Lelaki pecut lebih 10 kilometer elak ditahan, rempuh MPV polis di Sungai Petani
February 25, 2026, 1:53 pm
BN sahkan tiada pertemuan dengan Hamzah, kumpulan dipecat BERSATU
February 25, 2026, 1:43 pm
MCMC teliti langkah perundangan kekang aplikasi janji temu songsang
February 25, 2026, 1:31 pm
