TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Buruh maut dihempap bucket jengkaut di Pantai Geting

By
|
Kongsi
image

TUMPAT 25 Feb – Seorang buruh maut dipercayai dihempap ‘bucket’ jengkaut ketika menjalankan kerja pembinaan longkang di Jalan Pantai Geting, Pengkalan Kubor, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, lelaki berusia 31 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1.40 petang berhubung kejadian melibatkan seorang lelaki di tapak pembinaan longkang.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa sedang melakukan kerja pemasangan longkang di kawasan tepi jalan menghala ke Pantai Geting,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, sebuah jengkaut yang dikendalikan rakan sekerja mangsa dipercayai tergelincir sebelum bahagian bucket jentera itu menghempap lelaki berkenaan.

Pemeriksaan awal di lokasi mendapati tiada unsur jenayah dikesan.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Tumpat untuk bedah siasat.

Laporan perubatan mengesahkan punca kematian akibat kecederaan serius dalam perut (intraabdomen) serta lebam pada paru-paru kiri dipercayai kesan kemalangan pembinaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi IPD Tumpat di talian 09-725 7222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

+ - reset