Berita Berita
Kerja roboh rumah anutan haram di Rawang libat bukan Islam - Zainul Rijal
KUALA LUMPUR 25 Feb – Gerakan sehingga membawa kepada kerja-kerja meruntuhkan sebuah rumah anutan haram di atas tanah milik Yayasan Kubra di Rawang awal pagi tadi turut melibatkan individu bukan Islam.
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, operasi tersebut berjalan lancar tanpa sebarang rusuhan.
Menurutnya, kerja-kerja berkenaan turut dilakukan dengan kehadiran pihak polis yang memantau keadaan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.
“Tak sia-sia mesyuarat sampai jam 12 malam tadi. Para peguam mengatur strategi perundangan, aktivis merangka aktiviti, NGO Islam melaksanakan perancangan.
“Gabungan ini sangat berperanan dan saling melengkapi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Zainul Rijal turut menjelaskan bahawa kerja-kerja meruntuhkan struktur berkenaan dilakukan dengan menghormati agama lain.
Katanya, patung sembahan yang berada di lokasi tidak dipecahkan, sebaliknya dialihkan sebelum dibawa ke tempat lain oleh pihak berkaitan.
“Jadi ini bukan isu agama. Pihak yang membangkitkan isu agama dan perkauman itulah yang sebenarnya rasis.
“Rumah anutan yang mengikut undang-undang kita tidak pertikai, malah Islam melindungi kebebasan beragama,” katanya.
Mengulas pertikaian mengapa operasi dilakukan pada awal pagi dan bukan pukul 5 petang seperti jemputan yang tular di media sosial, beliau berkata ia bagi mengelakkan kehadiran terlalu ramai orang yang berpotensi menyebabkan keadaan tidak terkawal.
“Biarlah strategi dirancang oleh kumpulan kecil kerana kami juga mengambil kira beberapa kemungkinan termasuk isu perundangan,” katanya.
Difahamkan, gotong-royong membersihkan keseluruhan tapak berkenaan dijadualkan berlangsung pada pukul 5 petang ini.
Berita berkaitan
February 26, 2026, 5:45 am
Waktu PdP Matematik sekolah rendah ditambah kepada 608 jam - Fadhlina
February 25, 2026, 9:28 pm
Yayasan Kubra roboh kuil di Rawang ikut undang-undang - Haniff Khatri
February 25, 2026, 3:26 pm
Mayat wanita ditemukan terapung dalam sungai berhampiran masjid di Alor Setar
February 25, 2026, 3:01 pm
Akibat pukul warga emas selepas kemalangan, lelaki terpaksa beraya dalam penjara
February 25, 2026, 2:45 pm
Pemindahan patung berhala Kuil Sri Uchimalai Muniswaran berjalan lancar - Polis
February 25, 2026, 2:13 pm
Lelaki kostum ikan duyung promosi air balang ditahan, terima upah RM200
February 25, 2026, 2:02 pm
Lelaki pecut lebih 10 kilometer elak ditahan, rempuh MPV polis di Sungai Petani
February 25, 2026, 1:53 pm
BN sahkan tiada pertemuan dengan Hamzah, kumpulan dipecat BERSATU
February 25, 2026, 1:43 pm
MCMC teliti langkah perundangan kekang aplikasi janji temu songsang
February 25, 2026, 1:31 pm
