Berita Berita
Jaga-jaga, JPJ guna dron ‘Zoom’ 200 kali kesan pesalah trafik hari raya ini
MACHANG 8 Mac – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggunakan dron berteknologi tinggi yang mampu melakukan pembesaran sehingga 200 kali bagi mengesan kesalahan pengguna jalan raya, termasuk membaca nombor pendaftaran kenderaan dengan jelas dari udara.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, penggunaan dron berdefinisi tinggi itu akan dilaksanakan dalam Ops Hari Raya Aidilfitri yang dijadual bermula pada 13 Mac ini.
Menurutnya, teknologi tersebut akan digunakan terlebih dahulu di Kelantan sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi meningkatkan keberkesanan pemantauan serta penguatkuasaan di jalan raya.
"Ia mampu melakukan zoom hingga 200 kali, sekali gus boleh melihat nombor plat kenderaan yang melakukan kesalahan selain merakam video dan gambar yang disimpan secara automatik dalam storan.
"Rakaman tersebut boleh dijadikan bukti sebelum tindakan penguatkuasaan diambil terhadap pesalah trafik melalui Notis 114," katanya kepada pemberita pada Ahad.
Terdahulu beliau merasmikan Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni dan Singgah Sahur di Stesen Penguat Kuasa (SPK) Labok di sini.
Hadir sama Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan dan Pengarah JPJ Kelantan, Misuari Abdullah.
Menurut Aedy Fadly, setakat ini JPJ memiliki lima dron bagi tujuan pemantauan, namun hanya satu daripadanya merupakan dron berteknologi tinggi yang kini digunakan di Kelantan.
Beliau berkata, dron tersebut telah digunakan sejak beberapa bulan lalu di negeri itu bagi membantu memantau serta mengesan kesalahan pengguna jalan raya dalam operasi penguatkuasaan.
Tambahnya, semua anggota yang mengendalikan dron perlu menjalani latihan khusus serta memiliki lesen yang sah bagi memastikan penggunaan peralatan tersebut mematuhi peraturan yang ditetapkan.
"Sekiranya mereka tidak mempunyai lesen, mereka tidak dibenarkan mengendalikan dron ini.
"Buat masa ini kita mulakan dengan JPJ Kelantan terlebih dahulu sebelum penggunaan dron ini diperluaskan ke negeri-negeri lain," katanya.
Menurut beliau, empat lagi dron yang dimiliki JPJ turut akan digunakan dalam Ops Hari Raya Aidilfitri, namun keupayaan pengesanannya tidak setinggi dron berteknologi tinggi yang digunakan di Kelantan.
Berita berkaitan
April 13, 2026, 6:13 pm
Pemandu riba 'awek' ketika memandu bas ekspres dipecat serta-merta, syarikat mohon maaf
April 13, 2026, 4:51 pm
Peguam, kerani maut tak sempat selamat diri dalam kebakaran pejabat guaman di Georgetown
April 13, 2026, 4:40 pm
KPM salur RM100,000 baik pulih SMU(A) Darul Ulum Al-Muhammadiah terjejas akibat kebakaran
April 13, 2026, 3:27 pm
12 anggota polis direhatkan. siasatan kes samun kripto RM200,000 hampir lengkap
April 13, 2026, 3:03 pm
Dakwaan Malaysia ‘lari’ sertai PISA tidak berasas, salah tafsir data pendidikan - Penyelidik
April 13, 2026, 12:55 pm
Jaga-jaga, penjawat awam muat naik aktiviti santai ketika WFH akan diambil tindakan
April 13, 2026, 12:43 pm
Tiada keperluan hukuman mati kes pemandu mabuk, kerajaan fokus pampasan mangsa - Loke
April 13, 2026, 12:22 pm
