Berita Berita
Suspek serang Zamri Vinoth direman 4 hari, polis buru beberapa individu lagi
BUKIT MERTAJAM 8 Mac – Mahkamah Majistret di sini pada Isnin membenarkan seorang pekerja kilang berusia 20 tahun direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan serangan terhadap pendakwah bebas, Zamri Vinoth.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Muhammad Shahrul Aiman Kamalrulzaman bermula hari ini hingga Rabu.
Suspek yang memakai pakaian lokap berwarna jingga tiba di mahkamah kira-kira jam 9.45 pagi dengan dikawal anggota polis.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail memaklumkan polis menahan seorang lelaki awal pagi tadi susulan laporan yang dibuat oleh Zamri yang mendakwa dirinya diserang.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Siasatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi.
Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah, manakala Seksyen 427 membabitkan kesalahan melakukan khianat.
Difahamkan, suspek merupakan pemilik motosikal dalam video tular yang memaparkan insiden serangan terhadap Zamri kira-kira jam 3 petang di tepi jalan di Taman Aston Acacia di sini semalam.
Lelaki berkenaan ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah.
Polis turut mengesan beberapa individu lain yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut bagi membantu siasatan.
Semalam, Zamri yang lantang bersuara mengenai isu pencerobohan tanah mendakwa diserang sekumpulan individu dalam satu hantaran di Facebook sebelum berjaya menyelamatkan diri.
“Mereka membawa kayu, batu dan cuba menyerang saya. Alhamdulillah, mereka hanya membaling batu dan memecahkan cermin kereta saya,” katanya.
Berita berkaitan
April 13, 2026, 6:13 pm
Pemandu riba 'awek' ketika memandu bas ekspres dipecat serta-merta, syarikat mohon maaf
April 13, 2026, 4:51 pm
Peguam, kerani maut tak sempat selamat diri dalam kebakaran pejabat guaman di Georgetown
April 13, 2026, 4:40 pm
KPM salur RM100,000 baik pulih SMU(A) Darul Ulum Al-Muhammadiah terjejas akibat kebakaran
April 13, 2026, 3:27 pm
12 anggota polis direhatkan. siasatan kes samun kripto RM200,000 hampir lengkap
April 13, 2026, 3:03 pm
Dakwaan Malaysia ‘lari’ sertai PISA tidak berasas, salah tafsir data pendidikan - Penyelidik
April 13, 2026, 12:55 pm
Jaga-jaga, penjawat awam muat naik aktiviti santai ketika WFH akan diambil tindakan
April 13, 2026, 12:43 pm
Tiada keperluan hukuman mati kes pemandu mabuk, kerajaan fokus pampasan mangsa - Loke
April 13, 2026, 12:22 pm
