Berita Berita
Penumpang pikap maut dirempuh bas ekspres di Pekan
PEKAN 8 Mac – Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah pikap yang berhenti di persimpangan lampu isyarat dirempuh sebuah bas ekspres dalam kemalangan di Kilometer 14, Jalan Pekan–Kuantan berhampiran Kampung Tanah Putih di sini awal pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Zaidi Mat Zin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.15 pagi ketika kedua-dua kenderaan terbabit dalam perjalanan dari arah Pekan menuju ke Kuantan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu pikap berkenaan memberhentikan kenderaannya sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat tersebut.
Katanya, pada masa sama sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Johor ke Kelantan dipandu lelaki berusia 56 tahun dipercayai tidak memberhentikan kenderaan di persimpangan itu sebelum merempuh bahagian belakang pikap terbabit.
“Kemalangan itu menyebabkan penumpang belakang pikap tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Pemandu dan penumpang depan pikap serta seorang penumpang bas dilaporkan cedera.
“Pemandu bas serta 24 penumpang lain termasuk pemandu simpanan tidak cedera,” katanya dalam kenyataan.
Zaidi berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Hosneeamree, 24, seorang warga Thailand.
Menurutnya, pemandu pikap yang juga anggota tentera berusia 29 tahun serta seorang penumpang berusia 36 tahun dari Bachok, Kelantan dan seorang penumpang bas yang cedera dihantar ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan.
Mayat mangsa turut dihantar ke hospital sama untuk proses bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kemalangan maut.
Berita berkaitan
April 15, 2026, 4:16 pm
JPNS siasat dakwaan sijil SPM ditahan sebab tak bayar yuran PIBG
April 15, 2026, 3:25 pm
Biruntha Mooruthi dilantik CEO baharu Talent Corp
April 15, 2026, 2:23 pm
9 pesalah buang sampah merata-rata jalani khidmat masyarakat bersihkan Bandar Tun Razak
April 15, 2026, 2:04 pm
Lebih 100 pelabur hilang simpanan hingga RM59 juta ditipu individu bergelar 'Datuk'
April 15, 2026, 1:56 pm
Kerjasama Malaysia - China perlu buka peluang kerjaya, kemahiran untuk belia – Mordi
April 15, 2026, 1:35 pm
PETRONAS sahkan bekalan bahan api cukup hingga Jun
April 15, 2026, 12:06 pm
Mahkamah arah Anwar, kerajaan fail pembelaan saman peserta GARAH sebelum 21 Mei
April 15, 2026, 11:31 am
MTEN tetap hala tuju tangani krisis tenaga, fokus lindung rakyat dan bekalan negara
April 15, 2026, 10:49 am
Bot bawa hampir 280 etnik Rohinya tenggelam, puluhan dikhuatiri maut
April 15, 2026, 9:47 am
