Berita Berita
DBKL larang jual air balang, lokcing di Jalan TAR sepanjang Ramadan
KUALA LUMPUR 11 Mac – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan penjualan air balang dan lokcing di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) sepanjang Ramadan menerusi pelaksanaan Permit Harian Penjaja Bergerak (tanpa kenderaan).
DBKL dalam kenyataan memaklumkan permit tersebut diperkenalkan sebagai penyelesaian menang-menang bagi memberi ruang kepada peniaga menjalankan perniagaan secara sah.
Pada masa sama, langkah itu juga bertujuan memastikan kawasan Jalan TAR kekal bersih, selamat dan teratur untuk orang ramai.
“Antara barangan yang dibenarkan adalah air berbekas, air tin, air kotak, makanan atau buah berbungkus, bunga, belon, permainan kanak-kanak dan barangan lain yang bersesuaian.
“DBKL tidak membenarkan penjualan air balang atau air bancuh, steamboat, lokcing dan makanan yang dimasak di lokasi,” menurut kenyataan itu hari ini.
Menurut DBKL, petugas turut menyediakan penyelesaian segera di lokasi bagi membolehkan penjaja mendaftar serta mendapatkan permit tanpa melalui proses rumit.
Langkah itu bertujuan memastikan penjaja mematuhi undang-undang selain menjaga kebersihan serta kesihatan awam.
“Ia juga bagi mengelakkan halangan kepada lalu lintas dan pejalan kaki selain memberi peluang kepada penjaja kecil menjalankan perniagaan secara sah,” katanya.
Permit berkenaan dikeluarkan di Jalan TAR bermula pukul 4 petang hingga 9 malam di Bit Penguatkuasaan DBKL di hadapan Muaz dengan bayaran RM10 sehari dan perlu diperbaharui setiap hari.
Waktu operasi yang dibenarkan pula adalah dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 8:51 pm
Menteri Agama arah JAWI siasat sepanduk guna terjemahan al-Quran sokong budaya songsang
March 12, 2026, 7:19 pm
Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima dan minta rasuah RM5,300, tipu duit jaminan
March 12, 2026, 7:03 pm
Tiga maut termasuk bayi tujuh bulan dalam nahas dua kenderaan di Bukit Sentosa
March 12, 2026, 5:22 pm
Polis tahan remaja lelaki disyaki bunuh wanita dengan 14 tikaman di hotel
March 12, 2026, 3:53 pm
Dua 'pengasuh' taska kes kematian bayi tidak ikuti Kursus Asuhan PERMATA
March 12, 2026, 3:25 pm
'Banyak benda dah diatur' - Pulau Pinang teruskan rumah terbuka Aidilfitri secara sederhana
March 12, 2026, 2:47 pm
Trafik lebuh raya dijangka cecah 2.3 juta kenderaan sehari sempena Aidilfitri
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
