Berita Berita
14,000 penjawat awam Terengganu terima bantuan khas Aidilfitri
KUALA TERENGGANU 13 Mac – Kira-kira 14,000 penjawat awam negeri menerima bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri sebanyak RM500 seorang.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bantuan khas itu diberikan sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh penjawat awam.
Menurutnya, bantuan tersebut juga bertujuan membantu meringankan beban kakitangan awam membuat persiapan menyambut Aidilfitri dan mula disalurkan bermula hari ini.
“Pemberian bantuan ini sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri kepada semua penjawat awam yang terus komited melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Apresiasi dan Iftar Perdana Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu Kebangsaan (Permata) anjuran Yayasan Terengganu (YT) di sini hari ini.
Turut hadir, Pengarah Yayasan Terengganu, Ahmad Farhan Abdul Wahab.
Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, bantuan khas itu sudah mula disalurkan kepada penerima bermula hari ini.
Beliau berkata, kerajaan negeri berharap bantuan khas Aidilfitri itu dapat memberi manfaat kepada semua penjawat awam negeri dalam membuat persiapan menyambut perayaan tersebut.
Difahamkan, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM7 juta bagi pemberian bantuan khas Aidilfitri kepada semua penjawat awam negeri.
Berita berkaitan
March 13, 2026, 4:22 pm
Cadangan kerja dari rumah tidak sesuai dilaksana secara menyeluruh - MEF
March 13, 2026, 4:15 pm
Kerajaan pastikan bekalan minyak negara kekal stabil
March 13, 2026, 4:07 pm
14,332 pengarah syarikat disekat ke luar negara gagal bayar caruman KWSP
March 13, 2026, 4:01 pm
AFC terima keputusan MFL berhubung status pemain warisan
March 13, 2026, 3:54 pm
70 jemaah Malaysia selamat dalam kebakaran hotel di Makkah
March 13, 2026, 3:39 pm
Pastikan bekalan makanan tak putus, kerajaan tingkat stok beras hingga sembilan bulan
March 13, 2026, 2:30 pm
Penjawat awam digalak tanam sayur di rumah sebagai langkah persediaan - Mat Sabu
March 13, 2026, 2:01 pm
Akses pendidikan pesakit muda diperkasa, KPM rancang buka dua lagi Sekolah Dalam Hospital
March 13, 2026, 1:46 pm
Cadangan penjawat awam WFH atau tidak akan diketahui minggu depan
March 13, 2026, 12:14 pm
