Berita Berita
Warga emas maut kereta dilanggar bas ekspres di Lipis
LIPIS 13 Mac – Seorang warga emas maut selepas kereta Perodua Kancil dipandunya yang keluar dari simpang secara tiba-tiba dilanggar sebuah bas ekspres di Kilometer 95 Jalan Lipis–Merapoh di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa Safein Ab. Rahman, 66, bersama anaknya dalam perjalanan dari Kuala Lipis menuju ke rumah mereka di Kampung Mentara Lama, Kelantan.
Menurutnya, ketika kejadian sebuah bas ekspres dipandu lelaki berusia 30 tahun yang membawa 15 penumpang sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan menuju ke Klang, Selangor.
“Apabila sampai di tempat kejadian, semasa bas ekspres sedang bergerak lurus, sebuah kereta Perodua Kancil keluar dari simpang di sebelah kiri bas secara tiba-tiba.
“Pemandu bas cuba membrek dan mengelak ke sebelah kanan namun terlanggar kereta Perodua Kancil itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, akibat kemalangan itu pemandu Perodua Kancil disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang kereta berkenaan mengalami kecederaan.
Katanya, pemandu serta semua penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ismail berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan polis.
Beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya memandu secara berhati-hati serta memastikan kenderaan diselenggara dengan baik demi keselamatan di jalan raya.
Berita berkaitan
March 13, 2026, 4:22 pm
Cadangan kerja dari rumah tidak sesuai dilaksana secara menyeluruh - MEF
March 13, 2026, 4:15 pm
Kerajaan pastikan bekalan minyak negara kekal stabil
March 13, 2026, 4:07 pm
14,332 pengarah syarikat disekat ke luar negara gagal bayar caruman KWSP
March 13, 2026, 4:01 pm
AFC terima keputusan MFL berhubung status pemain warisan
March 13, 2026, 3:54 pm
70 jemaah Malaysia selamat dalam kebakaran hotel di Makkah
March 13, 2026, 3:39 pm
Pastikan bekalan makanan tak putus, kerajaan tingkat stok beras hingga sembilan bulan
March 13, 2026, 2:30 pm
Penjawat awam digalak tanam sayur di rumah sebagai langkah persediaan - Mat Sabu
March 13, 2026, 2:01 pm
Akses pendidikan pesakit muda diperkasa, KPM rancang buka dua lagi Sekolah Dalam Hospital
March 13, 2026, 1:46 pm
