Berita Berita
Hilang sejak Isnin, polis minta bantuan cari Nur Dinie
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 13 Mac – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Nur Dinie Sani Hasrul Sani, 25, pada pukul 12.16 tengah hari.
Menurutnya, wanita itu dipercayai hilang kira-kira pukul 6.30 pagi dan alamat terakhirnya direkodkan di Apartment Sri Cempaka, Jalan Sepakat Indah 2/1, Taman Sepakat, Kajang.
“Wanita berkenaan berketinggian kira-kira 155 sentimeter, berbadan kurus dengan anggaran berat antara 48 hingga 49 kilogram.
“Dia juga dilaporkan memakai blazer hitam dan seluar panjang ketika kali terakhir dilihat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nazron berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita tersebut diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-8911 4222.
Maklumat juga boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Khairulazwan Yunus di talian 013-4480997 bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
March 13, 2026, 4:22 pm
Cadangan kerja dari rumah tidak sesuai dilaksana secara menyeluruh - MEF
March 13, 2026, 4:15 pm
Kerajaan pastikan bekalan minyak negara kekal stabil
March 13, 2026, 4:07 pm
14,332 pengarah syarikat disekat ke luar negara gagal bayar caruman KWSP
March 13, 2026, 4:01 pm
AFC terima keputusan MFL berhubung status pemain warisan
March 13, 2026, 3:54 pm
70 jemaah Malaysia selamat dalam kebakaran hotel di Makkah
March 13, 2026, 3:39 pm
Pastikan bekalan makanan tak putus, kerajaan tingkat stok beras hingga sembilan bulan
March 13, 2026, 2:30 pm
Penjawat awam digalak tanam sayur di rumah sebagai langkah persediaan - Mat Sabu
March 13, 2026, 2:01 pm
Akses pendidikan pesakit muda diperkasa, KPM rancang buka dua lagi Sekolah Dalam Hospital
March 13, 2026, 1:46 pm
