Berita Berita
Malaysia kecam tindakan Israel tutup Masjid al-Aqsa
KUALA LUMPUR 13 Mac – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan berterusan Israel menutup pintu Masjid al-Aqsa kepada jemaah Islam, khususnya sepanjang bulan suci Ramadan.
Kementerian Luar menerusi Wisma Putra menegaskan sekatan bersifat diskriminasi dan sewenang-wenangnya terhadap akses ke Kota Lama Baitulmaqdis serta tempat ibadat di kawasan tersebut merupakan pelanggaran terhadap undang-undang antarabangsa.
“Tindakan sedemikian merupakan satu lagi provokasi terhadap umat Islam serta terus meningkatkan ketegangan di Wilayah Palestin yang diduduki.
“Malaysia dengan tegas menolak langkah-langkah yang menyalahi undang-undang dan tidak berasas ini, serta mengecam usaha berterusan Israel untuk menjejaskan kesucian dan status Masjid al-Aqsa,” menurut kenyataan itu.
Pada masa sama, Wisma Putra menegaskan rejim Zionis tidak mempunyai kedaulatan ke atas Baitulmaqdis Timur termasuk tapak-tapak suci Islam dan Kristian di kawasan berkenaan.
Menurut kenyataan itu, keseluruhan kompleks Masjid al-Aqsa yang meliputi kawasan seluas 144 dunam atau kira-kira 144,000 meter persegi merupakan tempat ibadat umat Islam.
“Waqf Baitulmaqdis serta Jabatan Hal Ehwal Masjid al-Aqsa di bawah Kementerian Awqaf, Hal Ehwal Islam dan Tempat-Tempat Suci Jordan kekal sebagai satu-satunya pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran kawasan tersebut,” katanya.
Malaysia turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya mendesak Israel menghentikan pelanggaran berterusan serta amalan menyalahi undang-undang terhadap tapak suci Islam dan Kristian di Baitulmaqdis.
Menurut Wisma Putra, kesucian, sejarah serta perundangan sedia ada berkaitan tempat-tempat suci berkenaan perlu dihormati oleh semua pihak.
Berita berkaitan
March 13, 2026, 4:22 pm
Cadangan kerja dari rumah tidak sesuai dilaksana secara menyeluruh - MEF
March 13, 2026, 4:15 pm
Kerajaan pastikan bekalan minyak negara kekal stabil
March 13, 2026, 4:07 pm
14,332 pengarah syarikat disekat ke luar negara gagal bayar caruman KWSP
March 13, 2026, 4:01 pm
AFC terima keputusan MFL berhubung status pemain warisan
March 13, 2026, 3:54 pm
70 jemaah Malaysia selamat dalam kebakaran hotel di Makkah
March 13, 2026, 3:39 pm
Pastikan bekalan makanan tak putus, kerajaan tingkat stok beras hingga sembilan bulan
March 13, 2026, 2:30 pm
Penjawat awam digalak tanam sayur di rumah sebagai langkah persediaan - Mat Sabu
March 13, 2026, 2:01 pm
Akses pendidikan pesakit muda diperkasa, KPM rancang buka dua lagi Sekolah Dalam Hospital
March 13, 2026, 1:46 pm
