Berita Berita
Amanah dakwa PAS utamakan kepentingan politik sendiri
KUALA LUMPUR 13 Mac – Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mujahid Yusof Rawa mendakwa PAS lebih mementingkan kepentingan politik sendiri apabila Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyindir usaha dialog antara parti politik Melayu-Islam yang diusahakan UMNO.
Mujahid berkata, sindiran Abdul Hadi terhadap usaha dialog itu mencerminkan pendekatan yang gemar melabel, menghina serta meragui keikhlasan pihak lain hanya kerana perbezaan pandangan politik.
Menurutnya, kenyataan dalam ruangan ‘Minda Presiden PAS’ itu turut menggunakan pelbagai metafora seperti ‘bisikan syaitan’ dan ‘hantu raya’, selain mempertikaikan amalan pihak lain seolah-olah hanya PAS membawa Islam manakala pihak lain dianggap tersasar.
“Pendekatan seperti ini bukan sahaja tidak matang, malah sangat berbahaya kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menghukum dan merendahkan pihak lain.
“Islam tidak pernah mengajar umatnya meragui iman orang lain semata-mata kerana perbezaan politik,” katanya dalam satu kenyataan.
Mujahid turut menegaskan pendekatan menghina serta menolak usaha membuka ruang dialog dan mencari titik pertemuan demi kepentingan umat dan negara hanya akan mengeruhkan keadaan.
“Ia akan menajamkan lagi perpecahan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia,” katanya.
Semalam, Abdul Hadi dilaporkan berkata PAS tidak bersedia menyokong agenda ‘Rumah Bangsa’ anjuran UMNO kerana menyifatkan platform tersebut tidak berteraskan Islam.
Menurutnya, kesimpulan itu dibuat selepas pemerhatian wakil parti berkenaan yang menghadiri pertemuan parti-parti politik terbabit minggu lalu.
Beliau juga mendakwa penyakit was-was daripada bisikan syaitan turut mengganggu ahli UMNO sendiri kerana berlawanan dengan perjuangan asal parti itu yang meletakkan agama sebagai sebahagian daripada dasar parti.
Pada 5 Mac lalu, lapan parti politik berteraskan Islam, Melayu dan Bumiputera pertama kali duduk semeja bagi mencari titik persefahaman berkaitan isu kepentingan agama dan kaum menerusi pertemuan yang diadakan di Ibu Pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Dalam pertemuan itu, PAS diwakili Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Berita berkaitan
March 13, 2026, 4:22 pm
Cadangan kerja dari rumah tidak sesuai dilaksana secara menyeluruh - MEF
March 13, 2026, 4:15 pm
Kerajaan pastikan bekalan minyak negara kekal stabil
March 13, 2026, 4:07 pm
14,332 pengarah syarikat disekat ke luar negara gagal bayar caruman KWSP
March 13, 2026, 4:01 pm
AFC terima keputusan MFL berhubung status pemain warisan
March 13, 2026, 3:54 pm
70 jemaah Malaysia selamat dalam kebakaran hotel di Makkah
March 13, 2026, 3:39 pm
Pastikan bekalan makanan tak putus, kerajaan tingkat stok beras hingga sembilan bulan
March 13, 2026, 2:30 pm
Penjawat awam digalak tanam sayur di rumah sebagai langkah persediaan - Mat Sabu
March 13, 2026, 2:01 pm
Akses pendidikan pesakit muda diperkasa, KPM rancang buka dua lagi Sekolah Dalam Hospital
March 13, 2026, 1:46 pm
Cadangan penjawat awam WFH atau tidak akan diketahui minggu depan
March 13, 2026, 12:14 pm
