Berita Berita
SPRM sahkan tiada penyelewengan peruntukan libatkan program Sejahtera Komuniti Madani
KUALA LUMPUR 16 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Terengganu membuka kertas siasatan tahun lalu susulan dakwaan penyelewengan peruntukan Program Sejahtera Komuniti Madani.
Menurut sumber, hasil siasatan setakat ini mendapati tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh mana-mana pihak di bawah Akta SPRM 2009.
“Kertas siasatan telah dibuka tahun lalu dan SPRM mendapati tiada sebarang kesalahan dilakukan di bawah Akta SPRM 2009,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
Beliau turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau bukti berkaitan dakwaan penyelewengan peruntukan program berkenaan supaya tampil memberikan kerjasama kepada SPRM.
Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara Nasional, Raja Kamarul Bahrin Shah menggesa SPRM menyiasat dakwaan penyalahgunaan peruntukan program itu oleh individu berkedudukan dalam politik di sebuah negeri Pantai Timur.
Beliau mendakwa menerima beberapa aduan berkaitan pelaksanaan projek di Terengganu yang dipercayai diseleweng melalui perbuatan pecah amanah.
Program Sejahtera Komuniti Madani diperkenalkan kerajaan pada Mac 2024 dengan menyediakan peruntukan sehingga RM100,000 kepada komuniti layak bagi melaksanakan aktiviti pembangunan sosioekonomi setempat.
Antara bidang terlibat termasuk pertanian, jahitan dan kraftangan, herba serta kesihatan, pelancongan, hospitaliti dan aktiviti berkaitan alam sekitar.
Berita berkaitan
March 16, 2026, 11:23 pm
Budak empat tahun meraung putus jari akibat mercun
March 16, 2026, 11:15 pm
MS Gold & Diamonds berkongsi rezeki, belanja lebih 1,000 anak yatim baju raya di Jakel
March 16, 2026, 10:48 pm
Semua rakyat Malaysia terkandas di Asia Barat berjaya dibawa pulang
March 16, 2026, 10:36 pm
Dua juta kenderaan dijangka masuk ke Kelantan sempena Aidilfitri
March 16, 2026, 10:35 pm
Sampai hati, lelaki maki, tampar dan tumbuk kepala isteri hanya kerana diminta beli ayam gepuk
March 16, 2026, 10:24 pm
Dua anggota tentera maut dalam kemalangan empat kenderaan di Setiu
March 16, 2026, 9:48 pm
'Cukup-cukuplah masa COVID-19 dulu' - KPM tidak terburu-buru laksana semula PdPR
March 16, 2026, 6:38 pm
Sesi persekolahan berjalan seperti biasa, tiada keputusan laksana PdPR
March 16, 2026, 5:55 pm
